Selamat Juga Rumah AMBIGA


Majlis Bertindak Peniaga dan Penduduk Warga Kota membatalkan hasrat membuka gerai dan menjalankan perniagaan di depan kediaman Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S Ambiga di Jalan Setiakasih, Bangsar, di sini petang semalam.

Pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunos, berkata pembatalan itu dilakukan selepas pihaknya menyedari aktiviti perniagaan berkenaan tidak mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), selain tidak mahu menimbulkan sebarang kekecohan selepas lokasi berkenaan sudah diawasi pihak berkuasa.

Beliau yang tiba kira-kira jam 4.20 petang berkata, lima wakil sepakat menghantar surat bantahan kepada Datuk S Ambiga yang menuntut supaya penganjuran perhimpunan Bersih itu kembali bertaubat dan tidak menjadikan pasukan polis sebagai bahan cacian.

“Seramai 60 peniaga yang sudah membeli tapak gerai yang dibuka pada hari ini (semalam) hadir bagi menyatakan sokongan sekali gus mahu menuntut hak mereka sebagai peniaga.

“Memandangkan perancangan ini dibatalkan, saya menyeru supaya peniaga dan penyokong yang mengecam perhimpunan Bersih terdahulu tampil menyokong Bersih 4.0 - Cintakan Keamanan yang akan diadakan pada 23 Jun ini,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya juga akan menambah bilangan kereta yang disediakan bagi cabutan bertuah pada hari berkenaan yang dijangka dihadiri lebih 150,000 orang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sementara itu, Datuk Jamal turut menafikan pembabitan pihaknya dalam sekumpulan remaja yang tiba-tiba datang menyatakan sokongan mereka kepada Bersih 4.0 - Cintakan Keamanan.

“Saya tidak tahu siapa mereka ini kerana kami menjangkakan hanya kumpulan peniaga yang akan menyertai perhimpunan untuk membuka gerai dan berniaga,” katanya.

Difahamkan, kumpulan berkenaan adalah Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia yang diketuai Presidennya, Shahrul Nasrun Kamarudin dengan bilangan hampir 200 orang.

Kumpulan yang memakai baju kemaja-T putih itu turut menghantar risalah kepada Ambiga bagi menyatakan bantahan mereka kepada penganjuran Bersih 1,2 dan 3 selain menuntut permohonan maaf daripada pengerusi Bersih itu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, pihaknya menerima maklumat dua kumpulan berhimpun di depan Datuk S Ambiga termasuk kumpulan peniaga yang mahu membuka tapak gerai di kawasan itu.

Bagaimanapun perhimpunan itu berlaku secara aman malah pihaknya turut membeli peluang kepada kedua-dua kumpulan untuk menghantar sebarang memorandum sebelum mereka bersurai jam 5.20 petang.

Katanya, tiada sebarang kekecohan, kerosakan harta benda mahupun kecederaan dilaporkan.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    7:42 AM

    maka berdekah-dekah si ambiga ketawa.

Post a Comment