Air Isu Penting Rakyat Selangor, Tapi MB Politikkan Isu Ini ....



Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohamed Zin Mohamed menegaskan isu air yang dibangkitkan sebelum ini merupakan isu penting dan melibatkan kepentingan rakyat Selangor dan penduduk Lembah Klang.

"Saya telah mengingatkan kepimpinan Kerajaan Selangor terutamanya Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa isu air merupakan perkara penting melibatkan rakyat Selangor dan tidak wajar dipolitikkan. 


Namun, perkara sepenting itu dibuat main-main oleh MB malah lebih sedih isu ini sengaka dipolitikkan demi kepentingan politik sempat kerajaan Pakatan di Selangor," ujarnya kepada pemberita dalam sidang media sebentar tadi.

Tambahnya, fakta yang diutarakan BN Selangor sebelum ini pun tidak dijawab secara konkrit oleh pihak kerajaan negeri, malah beliau dengan angkuh menyangkal segala dakwaan berdasarkan fakta-fakta yang mengelirukan demi tujuan politik semata-mata. Kepentingan rakyat Selangor yang memerlukan air bersih dan terawat tidak langsung ditangani dengan baik.

"Menteri Besar dengan sambil lewa mengakui bahawa sumber air mentah di Selangor adalah melebihi 100%. Ini adalah berdasarkan kepada jumlah air mentah yang berada di empangan di negeri Selangor.  Ingin saya nyatakan bahawa air terawat yang digunakan rakyat Selangor adalah daripada air sungai dan bukannya air empangan. Air dari empangan hanya akan disalirkan ke sungai-sungai apabila paras air sungai adalah rendah.

Keduanya, loji merawat air yang ada sekarang sudah tidak mampu untuk menghasilkan air terawat jika dibandingkan dengan 'demand' yang semakin meningkat. Dalam masa yang sama, ada loji terawat yang sudah mencapai tahap maksima penghasilan air (overload) dan ada loji yang mampu merawat tetapi tidak mempunyai sistem pengagihan air yang dapat menyalurkan air kepada pengguna," ujarnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor.

Tambahnya, jawapan dangkal lain yang diberikan oleh Menteri Besar terhadap kenyataannya bahawa reserve air hanyalah sekitar 2.4% sahaja iaitu penggunaan Non-Revenue Water (NRW) yang tinggi sekitar 30%.

Menteri Besar dengan sambil lewa mencadangkan bahawa jika NRW ini diturunkan sehingga 20%, maka masalah reserve air yang rendah tidak wujud lagi.

"Suka saya nyatakan di sini bahawa, masalah NRW yang tinggi adalah atas tanggungjawab kerajaan negeri sendiri. Untuk makluman semua pihak, sejak pengambilalihan oleh syarikat konsesi dalam menguruskan pengagihan air pada tahun 2005, NRW adalah setinggi 42.78%," ujarnya lagi.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment