Beku Pinjaman: PTPTN Bantu Mahasiswa Unisel


Terima kasih buat PTPTN apabila membuat keputusan untuk membekukan pinjaman PTPTN kepada mahasiswa Unisel berkuatkuasa serta merta.

Yang pasti, tindakan ini pastinya akan mendapat kecaman hebat kepada PTPTN dari puak-puak pakatan haram jadah, namun PTPTN harus membuat langkah bijak dan berani bagi memastikan segala pinjaman yang diberikan dibayar balik mengikut perjanjian yang dibuat.

Oleh yang demikian, tahniah kepada semua pelajar Unisel yang bakal mendapat pendidikan percuma dari Kerajaan Negeri Selangor tidak lama lagi.

Moga tindakan PTPTN ini akan membuka ruang seluas-luasnya kepada pihak kerajaan negeri melaksanakan dasar pengajian percuma sebagaimana yang mereka laung-laungkan.

Moga ia juga akan memberikan keselesaan dan para mahasiswa Unisel tidak akan dibebani hutang lagi selepas menamatkan pengajian kelak.

Dalam masa yang sama, PTPTN harus memberikan lebih banyak peluang dan ruang kepada peminjam dari kalangan mahasiswa Universiti Awam tempatan selepas penbekuan pinjaman kepada Unisel ini.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment