Kilang
Lynas di Gebeng, Kuantan iaitu kilang memproses nadir bumi yang menjadi antara
keperluan paling penting di dunia hari ini bagi penghasilan barangan
berteknologi tinggi, masih lagi menjadi kontroversi.
Tidak
keterlaluan jika dikatakan Lynas menjadi mangsa politik pihak pembangkang yang
ketandusan isu. Tidak mengejutkan juga
jika Lynas menjadi mangsa percaturan pihak luar untuk memastikan Malaysia tidak
mampu memecahkan monopoli pemrosesan nadir bumi oleh negara China.
Setakat
hari ini, kesemua pakar-pakar, pertubuhan-pertubuhan berkenaan atom dan nuklear
antarabangsa serta jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk menilai tahap
keselamatan Lynas telah sepakat menyatakan bahawa kilang tersebut selamat. Bukan itu saja, malah infrastrukturnya juga
disahkan sebagai jauh lebih canggih dari kilang-kilang yang sama dengannya, di
negara maju.
Namun,
pihak pembangkang yang memakai penyamaran ‘pencinta alam’ tetap berdegil
menolak keputusan tersebut. Sebaliknya,
mereka terus berhujah menyatakan Lynas adalah tidak selamat dan terus
melaung-laung kata-kata ini tanpa berasaskan apa-apa bukti.
Sedikit
sebanyak, hujah mereka berjaya menimbulkan keraguan di kalangan rakyat sekitar
Indera Mahkota dan Kuantan. Dan sudah
tentulah kita tidak mahu rakyat walau di mana jua merasa ragu-ragu walaupun
sedikit dalam hal ini.
Oleh
itu, kita lihat tidak ada salahnya jika kerajaan mengambil sedikit masa untuk
memberi ruang kepada rakyat meneliti isu ini dengan lebih mendalam.
Tidak
menjadi satu kerugian jika kerajaan mengarahkan Lynas agar menangguhkan operasi
sehingga keadaan benar-benar tenang.
Atau dalam erti kata lain, hanya meminta mereka berhenti sejenak dan
bukannya berundur ke belakang mahupun membatalkan terus.
Tidak
boleh dinafikan bahawa penduduk-penduduk sekitar kilang tersebut sedikit
sebanyak tetap mengalami kesan psikologi akibat dihasut dan disogok dengan
berbagai versi mengenai Lynas oleh pihak pembangkang.
Oleh
yang demikian, kita perlu bijak mengambil langkah untuk menjelaskan dan
benar-benar meyakinkan mereka mengenai bukti-bukti saintifik yang menunjukkan
Lynas adalah selamat. Ini boleh
dilakukan dengan mengadakan sessi penjelasan dan penerangan secara berperingkat
di kalangan penduduk setempat. Selain
itu, rakyat juga perlu diberi akses mudah untuk mencari maklumat tepat mengenai
Lynas agar mereka tidak merasa tertipu.
Hanya
dengan cara ini maka kontroversi Lynas dapat dihentikan sama sekali. Kita tidak mahu apabila beroperasi nanti,
Lynas masih mengalami gangguan dan masih dipolitikkan oleh sesetengah pihak
yang gila publisiti dan mempunyai agenda-agenda tertentu.
Dengan
ini, kita percaya, menangguhkan operasi Lynas adalah tindakan yang
sebaik-baiknya untuk kerajaan, negara dan juga rakyat. - BB
9:48 PM
Haa..ha..haa.. berhenti sementara sehingga selesai pilihanraya, jika menang BN sambung balik....
Bodoh betul lah jika sokong BN kalau mcm tu......