Euro 2012: Bahang saingan Belanda lawan Jerman mula dirasai


PERTEMUAN antara Belanda dan Jerman pastinya menjanjikan pertembungan klasik di Stadium Metalist, Kharkiv awal pagi esok (waktu Malaysia).

Pada satu lagi saingan Kumpulan B, Denmark menentang Portugal di Stadium Arena, Lviv pada jam 12 tengah malam (waktu Malaysia).

Bagi keempat-empat pasukan ini, pastinya mereka ingin berjuang bermati-matian untuk mara ke peringkat kalah mati.

Jika tersilap langkah, dua pasukan terakhir akan gagal.

Belanda yang masih kecewa dengan kekalahan kepada Denmark pada Sabtu lalu pastinya akan bangkit untuk mengutip tiga mata pertama.

Mereka mungkin berasa sukar kerana lawan mereka bukan calang-calang pasukan iaitu Jerman apatah lagi Jerman dan Denmark sudah mengutip mata kemenangan.

Jerman pastinya akan meneruskan rentak kemenangan dan masih segar selepas kejayaan menumbangkan Portugal 1-0 Sabtu lalu.

Jurulatih Belanda, Bert Van Marwijk merasakan bahang perlawanan dan suasana tegang dengan Jerman.
 
"Bahang perlawanan menentang Jerman kali ini semakin memuncak dan sudah tentu suasana akan menjadi tegang. Kami sudah bersemangat dan yakin akan layak ke suku akhir.

"Kami telah melakukan persiapan menentang pasukan yang kuat ini. Bagaimana untuk menewaskan mereka? Saya tidak akan memberitahu anda kerana saya akan beritahu pasukan saya sendiri," katanya.

Van Marwijk pastinya akan menaruh harapan ke atas bintang sensasi mereka Robin Van Persie untuk merobek gawang Jerman sambil dibantu arkitek Wesley Sneijder. Dan, wajib untuk menang.

Sementara itu, bagi jurulatih Jerman, Joachim Loew, pastinya tidak sabar untuk menyambut pertemuan yang disifatkan sebagai perlawanan lagenda.

"Ia semestinya digelar perlawanan lagenda. Semua orang tahu Belanda adalah pasukan terbaik di dunia dan telah bertahun-tahun dengan kualiti mereka dan cara mereka bermain.

"Mereka mempunyai situasi yang sukar kerana kalah dalam perlawanan pertama, tetapi ia tidak penting bagi kami. Kita mahu menang perlawanan kedua ini,' katanya.

Loew enggan menolak kemungkinan membuat beberapa perubahan pada barisan kendaliannya.

"Saya amat berpuas hati dengan pasukan ketika menentang Portugal dan berterima kasih dengan tandukan Mario Gomez," jelasnya.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment