Euro 2012: Makin rancak, Portugal Denmark 2-1


 PERTEMBUNGAN Denmark dan Portugal dalam perlawanan kedua Kumpulan B Euro 2012 sedang berlangsung – menjanjikan aksi rancak dan sengit apabila masing-masing turun untuk mencari kemenangan, sekali gus mengesahkan tiket suku akhir.


Kedudukan separuh masa pertama Portugal mendahului Denmark 2-1. Permainan separuh masa kedua sedang berlangsung.
Sementara Portugal menjaringkan dua gol dalam tempoh 10 minit, Denmark pula kembali bangkit menjaringkan gol pertamanya lima minit selepas gol kedua Portugal.
Kedua-dua pasukan ini turun di Stadium Arena Lviv. Portugal memperoleh gol pertama pada minit ke-25 menerusi Kleper Pepe.
Gol kedua pula menerusi Helder Postiga pada minit ke-35.
Denmark merancakkan permainan dengan menjaringkan gol tunggal kira-kira lima minit kemudian menerusi Nicklas Bendtner pada minit ke-41.
Berdasarkan perkembangan minggu lalu, Denmark melakar kejutan menjadi peneraju Kumpulan B. Justeru, pastinya mahu mengekalkan pencapaian tersebut bagi mengukuhkan peluang mereka ke pusingan seterusnya.
Sebaliknya, Portugal yang turun dengan misi ‘hidup mati’ harus mencari tiga mata penting untuk terus bernafas dalam saingan Euro 2012.
Berdasarkan rekod pertemuan mereka sebelum ini, negara Scandinavia itu pernah membenam  Portugal 2-1 di laman sendiri, tahun lepas.
Dalam perlawanan sulung Ahad lalu, Denmark menang ke atas Belanda 1-0 manakala Portugal pula tewas kepada Jerman 0-1.
Sekilas fakta separuh masa pertama:
- Penguasaan bola: 45% (Portugal); 55% (Denmark)
- Sasaran ke gawang: 6 (Portugal); 4 (Denmark)
- Sepakan penjuru: 4 (Portugal); 4 (Denmark)
- Kad kuning: 1 (Meireles, Portugal)
Barisan pemain Denmark
1 Stephan Andesen
6 Lars Jacobasen
3 Simon Kjaer
4 Daniel Agger
15 Michael Silberbauer
7 Willian Kvist
21 Niki Zimling
10 Dennis Rommedahl
8 Chritian Eriksen
9 Michael Krhon-Dehli
11 Nicklas Bendtner
Barisan pemain Portugal
12 Rui Patricio
21 Joao Pereira
2 Bruno Alves
3 Pepe
5 Fabio Coentrao
16 Raul Meireles
4 Miguel Veloso
8 Joao Mountinho
17 Nani
23 Helder Postiga
7 Cristiano Ronaldo
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment