Honda City Terkini ....


HONDA Malaysia memperkenalkan varian kenderaan sedan kompak terbaru melalui Honda City yang dilakukan pemasangan tempatan.

Honda City terbaru menawarkan pakej terbaik selain tampil menarik dengan menerapkan ciri keselamatan yang ditingkatkan.

Reka bentuk luarannya ditingkatkan menerusi bampar dan jeriji hadapan krom terkini.

Ruang kabinnya menawarkan tahap keselesaan terbaik dengan papan pemuka warna baru yang kemas dan sepadan rekaan panel meter matelik tampak sporty.

Ia juga dilengkapi ciri keselamatan tambahan membabitkan sistem beg udara berkembar, bantuan kestabilan kenderaan, sistem brek anti-kunci dengan agihan kuasa brek elektronik dan bantuan brek.

Harganya atas jalan dengan insurans bagi varian S RM85,980, manakala RM90,980 untuk varian E
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment