Hujah Putar Belit- Tian Chua Memang Pakar Belit : Rahman Dahlan

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan menyifatkan Ahli Parlimen Baru, Tian Chua sebagai pakar belit, bukannya pakar dalam bidang nuklear kerana hujah-hujah yang diberikan pagi ini jauh melencong dan bersifat politik semata-mata.

“Beliau begitu beria-ria mengkritik perjalanan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) tanpa memikirkan bahawa mereka jugalah yang memboikot perjalanan jawatankuasa tersebut.

Kebanyakan persoalan yang ditimbulkan berkenaan dengan 12 tahun insentif, itu juga kita telah tanya kepada pihak MITI. MITI telah memberitahu bahawa ini adalah perkara biasa, malah negara-negara lain juga  cuba untuk mempengaruhi pelaburan bernilai tinggi sebegini dengan insentif sebegitu tinggi kepada syarikat-syarikat tersebut,” ujarnya mengulas hujah YB Batu, Tian Chua di parlimen pagi tadi.

Tambahnya, insentif yang diberikan itu ialah sebagai permulaan, bukannya sebagai sasaran utama. Sasaran utama ialah apabila Lynas ini beroperasi di Malaysia, dan apabila mengeluarkan nadir bumi ini, kesan sampingannya itu begitu besar kepada syarikat yang mengeluarkan kereta, televisyen, semua barangan-barangan elektronik yang menggunakan teknologi hijau ini akan beroperasi di Malaysia.

“Itu yang kita mahu, tapi untuk mendapatkan mereka itu, kita mahu nadir bumi ini dibuat di Malaysia, sebab itu kita ada satu cadangan dalam laporan kita iaitu kita minta MITI, apabila ada syarikat-syarikat yang telah wujud ini, kita minta mereka hadkan eksport nadir bumi ini ke luar Negara supaya syarikat-syarikat yang ada di Malaysia ada aksess kepada nadir bumi itu,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat yang ditemui di luar Dewan menegaskan tahap radiasi projek Lynas memang rendah.

Bagaimanapun katanya, perkara-perkara lain termasuk jika berlaku kebocoran atau radiasi itu tersebar dalam air perlu diteliti kesannya pada hidupan laut.

"Itu saya tak berani nak sebut. Dari segi radiasi memang saya tahu sebab saya sendiri ukur. Yang lain-lain saya tak tahu biar pakar lain yang cakap.," ujarnya.

Beliau turut berpuashati dengan laporan oleh jawatankuasa berkenaan kerana mengutp masalah-masalah masyarkat sekitar.

"Memang betul, saya setuju. Tapi banyak lagi data-data perlu diberikan tumpuan untuk pastikan Lynas benar-benar selamat," tegas Dr Rosli.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment