Kemenangan Parti FJP yang meletakkan calon dari
Ikhwan Muslimin, Dr. Mohamed Morsi dilihat oleh Pakatan Rakyat sebagai
insipirasi. Menurut Ketua Pembangkang,
Dato’ Seri Anwar Ibrahim, seperti yang dilaporkan oleh sisipan akhbar Harakah,
iaitu Fikrah, kemenangan Dr. Morsi dan perubahan yang berlaku dalam negara Arab
hari ini boleh merebak kepada Malaysia dengan semangat yang ditunjukkan oleh
rakyat hari ini.
Secara tidak langsung, Anwar juga membuktikan apa
yang dituduh ke atasnya iaitu beliau sememangnya berniat untuk menggulingkan
kerajaan dengan cara keganasan sepertimana yang dilakukan oleh rakyat
Mesir.
Kerana terlalu ingin menjadi Perdana Menteri Anwar
sering berangan-angan membayangkan dirinya seperti tokoh-tokoh pembebasan lain
seperti Aung Suu Kyi, Ghandi dan sebagainya.
Dan apabila Mesir mengalami pemberontakan serta Morsi diangkat menjadi
Presiden, Anwar pantas menyamakan dirinya dengan Morsi, dan partinya, Pakatan
Rakyat, umpama Ikhwan Muslimin pula.
Sedangkan Morsi dan Anwar adalah jauh panggang dari
api. Dan Parti FJP dengan Pakatan Rakyat adalah bagai langit
dengan bumi. Manakala PKR, malah PAS
juga, iaitu parti yang kononnya ‘paling Islamik’ dalam PR, langsung tidak
menyamai Ikhwan Muslimin.
Pertamanya,
dalam era pemerintahan Mubarak, calon dari parti Ikhwan Muslimin hanya boleh
bertanding atas tiket bebas kerana pertubuhan itu tidak diiktiraf. Sedangkan Anwar dan apa saja nama parti yang
ditubuh atau digabungkannya tidak pernah dinafikan hak untuk bertanding atas
tiket parti.
Walaupun
Ikhwan Muslimin membawa imej Islam konservatif tetapi ia tidak pula menyamai
PAS. Ikhwan Muslimin tidak menggadaikan
prinsip perjuangan mereka hanya kerana ingin memenangi pilihanraya. Ia kekal meletakkan Islam sebagai platform
tetapi dengan pendekatan lebih terbuka.
Jika dulu parti ini membelakangkan terus peranan wanita, hari ini Ikhwan
Muslimin hanya menghadkan kedudukan wanita dalam politik dan tidak membolehkan
mereka menjadi calon tetapi mereka dibenarkan untuk menjadi anggota kabinet.
Justeru,
menjadikan parti ini jauh lebih berbeza dengan PKR yang meletakkan Wan Azizah,
isteri Anwar sendiri sebagai Presiden.
Oleh
kerana platform Ikhwan Muslimin adalah Islam, maka parti tersebut tidak membawa
aspirasi terbuka dan liberal sepertimana PKR yang mengambil sikap ‘mesra’
dengan golongan songsang dan mengiktiraf perjuangan golongan ini di bawah hak
asasi manusia.
Morsi,
Presiden baru Mesir adalah seorang pemimpin yang berkaliber dan mempunyai
keperibadian baik, yang mana amat jauh berbeza dengan Anwar yang telah terbukti
meliwat dan menyalahguna kuasa. Morsi
juga tidak mempunyai skandal dengan pelacur seperti Anwar.
Oleh
itu, bagi Anwar untuk meletakkan diri dan partinya menyamai Morsi dan Ikhwan
Muslimin adalah satu penghinaan kepada Morsi dan Ikhwan Muslimin.
Rakyat
Mesir memberontak akibat dari tekanan ekonomi.
Itupun, keadaan hidup rakyat selepas pemberontakan adalah jauh lebih
buruk dari sebelumnya. Pada awal tahun
ini, rizab matawang asing negara tersebut hanya tinggal USD10 billion daripada
USD36 billion sebelum pemberontakan. Pelaburan
asing juga terhenti terus dan jumlah pelancong menurun secara drastik.
Akibatnya,
subsidi terpaksa ditarik balik dan harga makanan dan kemudahan asas di Mesir
menjulang tinggi sehingga dua kali ganda. Penarikan subsidi juga menjejaskan
harga minyak sekali gus semua harga barangan lain. Kadar pengangguran pula berada di tahap 12 –
24 peratus berbanding 9 – 12 peratus sebelum pemberontakan.
Rakyat
Malaysia tidak mengalami semua masalah ini.
Malah kehidupan rakyat Malaysia adalah antara yang termewah di rantau
ini. Justeru, untuk kita memberontak dan
meletakkan diri kita dalam keadaan yang lebih buruk dari ini sepertimana yang
dilakukan oleh rakyat Mesir, semata-mata untuk meletakkan Anwar sebagai Perdana
Menteri adalah sesuatu yang amat bodoh sekali.
Pun
begitu, belum ada kepastian bahawa Morsi mampu menerajui Mesir dengan lebih
baik dari Mubarak. Jika dilihat dari 4
langkah pertama yang diumumkan akan dilakukannya sebagai Presiden, kita akan
dapati bahawa beliau tidak mempunyai visi yang jauh.
4
langkah tersebut ialah:
1. Menyumbangkan wang gajinya untuk
kebajikan rakyat
2. Melarang penggantungan gambarnya di
bangunan kerajaan dan melarang menerbitkan apa-apa iklan ucapan tahniah di
dalam akhbar.
3. Berjanji untuk menghukum mereka yang
membunuh para peserta perhimpunan dengan mendakwa semula bekas Presiden dan
Menteri Dalam Negeri.
4. Mengarahkan pihak keselamatan
mengurangkan kenderaan pengiring Presiden agar tidak berlaku kesesakan
lalulintas.
Ini
adalah gambaran awal pemikiran Morsi dan jika gambaran ini boleh dijadikan
ukuran gaya pemerintahannya maka nampaknya Mesir akan berada dalam keadaan yang
statik untuk beberapa lama sebelum merosot perlahan-lahan dan tidak mustahil akan mencetuskan satu lagi
pemberontakan.
Justeru,
rakyat Malaysia wajar berfikir beratus kali sebelum memperjudikan nasib dan
nyawa sendiri dengan menyahut seruan Anwar agar mengikut jejak langkah
Mesir.
0 Komen