Jasa Allahyarham Tan Sri Mohamad Noah Omar Amat Besar Kepada Orang Melayu - Najib


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Allahyarham Tan Sri Mohamad Noah Omar sebagai tokoh yang sangat besar jasa dan sumbangannya kepada kehidupan bangsa Melayu, seluruh masyarakat dan negara Malaysia.

Najib berkata, dia mendapat banyak pengalaman ketika hidup bersama arwah datuknya, selain tokoh berkenaan menjadi insan paling istimewa dalam hidupnya kerana banyak mengajarnya mengenai erti kehidupan serta berjimat cermat.

“Dari sudut peribadi, sebagai cucu sudah tentu dalam ingatan saya akan kembali detik-detik ketika kami masih kecil hingga saya berkecimpung dalam dunia politik. Ingatan terawal saya, waktu cuti sekolah bonda bawa saya ke Johor Bharu untuk tinggal bersama 'Tok' kami.

“Pernah waktu cuti kami dibawa ke Port Dickson. Ketika itu jangan mimpi duduk hotel, hanya berkelah tepi pantai. Saya ingat lagi bila habis minum Coke (Coca-cola), kami diminta jangan buang botol kerana boleh jual balik ke kedai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Malam Jasamu Dikenang Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Noah Omar di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.

Pada majlis berkenaan, Najib turut mendedikasikan sebuah puisi yang dicipta khas kepada Allahyarham Tan Sri Mohamad Noah bertajuk 'Warkah Kepada Allahyarham Tan Sri Mohamad Noah Omar'.

Bersempena dengan majlis berkenaan, Pengerusi Yayasan Noah, Datin Paduka Dr Faridah Abdullah dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein melancarkan buku bertajuk 'Tan Sri Mohamad Noah Omar A Tribute' dengan disaksikan Najib.

Najib berkata, melihat kepada perwatakan arwah datuknya itu, Najib menyifatkan lelaki berkenaan sebagai seorang humor dan 'old school' dengan mempunyai nilai-nilai lama dalam dirinya.

“Dia memang berjiwa 'old school' dengan nilai-nilai lama. Antaranya tidak suka berbelanja berlebih-lebihan dan seorang yang cukup berjimat cermat.
“Sikap berjimat cermat itulah membawa dia kepada rezekinya dan menjadi antara sebab dia menjadi seorang usahawan hinggalah berhasil mewujudkan Yayasan Noah. Berkat yayasan berkenaan, kami semua dapat kesejahteraan daripadanya,” katanya.

Menurutnya, berkat berjimat cermat membolehkan dia dan keluarganya yang lain berpeluang menyambung pelajaran dan meneruskan pengajian hasil sumbangan Yayasan Noah.

Mengimbau kenangan dilantik sebagai speaker Dewan Rakyat, arwah bapanya yang menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu terpaksa menundukkan kepala kepada arwah datuknya itu.

“Dia seorang yang humor dan sebagai speaker, menantu dia (Tun Razak) terpaksa tunduk. Dia bangga menantu dia terpaksa tunduk kepada dia sebab ketika itu dia sebagai speaker,” katanya.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Salam perjuangan,
    Blog tuan telah sy follow dan dipautkan di blog sy. Harap tuan dapat follow & link kan blog sy di blog tuan yang hebat ini 

    http:merahmato.blogspot.com

Post a Comment