KP1M Bantu Bawa Balik Anak Malaysia Yang Terkandas Di New Zealand - Azeez



Muhammad Syayden Ingham Hanafi (12) & Muhammad Jamey Alano Hanafi (9)

Penantian seorang ayah untuk menemui dua orang anaknya yang dilarikan isterinya balik ke Negara asal di New Zealand sejak 2004 bakal berakhir apabila Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan dan berusaha membawa Muhammad Syayden Ingham,12 dan Muhammad Jamey alano Ingham, 9 dalam masa terdekat.

Ia dinyatakan Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim pada sidang media berhubung kes itu pagi tadi berkata, satu pertemuan akan diadakan antara beliau dan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia David Pine, Isnin ini.

Abdul Azeez berkata, pihaknya akan memulakan rundingan untuk membawa pulang dua beradik itu dan pada peringkat awal, KP1M akan menyediakan pasport untuk Mariam yang akan ikut serta ke New Zealand bagi membawa pulang cucunya.

“Kelab sudah pun menghubungi Pesuruhjaya Tinggi kita di sana untuk membantu proses membawa pulang mereka pertengahan minggu depan. Kita jangkakan ia tidak menghadapi masalah kerana mereka adalah warga negara kita. Jadi kemungkinan tiada kerenah birokrasi,” katanya.

Hanafi Salleh, 36, seorang nelayan dari Tanjung Agas, Muar, Johor hidup tidak keruan kerana terlalu merindui anak kesayangannya dan sanggup melakukan apa saja untuk membawa pulang mereka termasuk meminta bantuan daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada satu majlis di Muar April lalu.

Hanafi berkata, kesabarannya selama ini untuk kembali bersama dua anaknya itu akhirnya menjadi kenyataan selepas bertemu dengan Abdul Azeez petang kelmarin dan KP1M juga bersetuju untuk membawa pulang permata hatinya yang kini di bawah jagaan Nelson Site Child Youth and Family, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat negara itu.

Menceritakan saat hiba kehilangan anaknya itu, Hanafi berkata, kedua-dua mereka dilarikan isterinya waktu itu, Nurul Junaidah Joanne Abdullah, 25 ke negara berkenaan pada 2004 ketika dia sedang bertugas di Eropah bersama sebuah syarikat perkapalan.

Katanya, menerusi perbualan dengan isterinya di telefon, dan wanita itu memaklumkan bahawa dia membawa anak mereka ke Christchurch di sana dan akan pulang ke Malaysia semula namun tidak berbuat demikian seperti dijanjikan.

Pada Oktober tahun lalu, dia terkejut apabila menerima surat daripada anaknya berserta gambar yang dikirimkan dari New Zealand selepas mereka berada di bawah jagaan agensi itu dan apa yang mengharukan, salah seorang daripada anaknya turut melukis gambar kapal, dipercayai merujuk kepada pekerjaannya.

“Saya nekad untuk mencelah berjumpa Tan Sri Muhyiddin dan mengadu mengenai masalah ini dan dia terus meminta saya menghubungi Datuk Azeez untuk mendapatkan bantuan.

“Hari ini saya bagai tak percaya apabila KP1M akan membawa pulang permata hati saya. Kedua-dua anak saya itu akan dihantar ke sekolah agama atau pusat tahfiz untuk mereka mendalami ilmu agama. Kepulangan mereka adalah hadiah hari bapa dan hari raya untuk saya,” katanya yang turut ditemani ibunya, Mariam Khairi, 65.



Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    8:36 AM

    heran aku mana pas yang kononnnya memperjuang hak rakyat, eh silap pas apalah sangat, ni DAP ni mana DAP hak asasi rakyat tu...aaahhhh silap lagi, ni sapa mangkuk yang anwar bawak dari australia tu konon nak jadi pemerhati...aduhhh silap lagi ni suaram mana suaram bab2 macam ni ko membabi buta buat tak tahu je..

Post a Comment