Krisis ‘keluarga 69’ di Selangor antara Menteri Besar (MB), Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pengerusi PKR negeri itu, Azmin Ali dan Setiausaha
Politik MB, Faekah Husin bakal menjadi satu drama yang bakal menggegarkan dunia
politik dalam masa terdekat khususnya menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13
nanti.
Bekas Setiausaha PKR Selangor Mohd Nadzmi Rosli berkata sebelum
bercerita lebih lanjut alangkah elok diimbau sepintas lalu asas pemilihan
Faekah sebagai Setiausaha Politik Khalid bagi menggantikan Nik Nazmi pada waktu
tersebut.
Menurut beliau tidak salah diperkatakan bahawa pemilihan Faekah
adalah semata-mata untuk mengurangkan kuasa Azmin dalam parti sekaligus
mengukuhkan cengkaman Khalid terhadap kerusi empuk yang didudukinya hari ini.
“Bayangan awal atau mesej perkara berkenaan saya dah nampak pada
waktu itu. Ini kerana bukankah jawatan Setiausaha Politik adalah orang penting
dalam mencaturkan pergerakan dan segala-galanya untuk ‘boss’ dia.
“Jadi dalam soal ini perkara tersebut tidak boleh diselindung
lagi. Kenapa saya katakan begitu… ini kerana dalam struktur parti pun dah tak
betul. Bukankah satu perkara yang pelik dan janggal MB adalah Khalid manakala
Pengerusi PKR negeri adalah Azmin.
“Dan cuba kita bayangkan…ketika mesyuarat pentadbiran negeri,
Khalid yang berkuasa manakala ketika mesyuarat parti pula, Azmin berkuasa. Ini
tentunya menimbulkan konflik sekiranya masing-masing menggunakan ‘power’ yang
ada di tangan. Sebab itulah saya gelarkan mereka ini keluarga 69,“ katanya di
sini.
Kontroversi gerakan menjatuhkan Setiausaha Politik Menteri Besar
Selangor, Faekah Husin yang bermula di laman sosial Twitter #kamisayangpkr dan
#pecatfaekah kini semakin hangat apabila Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR,
Shuhaimi Shafie mahu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan
menyelesaikan isu tersebut.
Mohd Nadzmi seterusnya menambah krisis dan pertembungan keluarga
69 itu dijangka akan beterusan dan mungkin kemuncaknya akan berlaku
menjelangnya PRU ke-13 nanti.
“Apa yang saya nampak seolah-olah mereka ini antara Azmin, Khalid
dan Faekah telah membuat persedian rapi dalam usaha mengukuhkan kedudukan
masing-masing dan saya tidak menolak kemungkinan besar cantas-mencantas akan
berlaku selepas ini.
“Seperti yang diperkatakan umum Azmin berhasrat untuk pergi ke
kerusi empuk dan Khalid tentunya mahu mempertahankan kedudukan beliau. Jadi
dalam perkara ini hanya Fakeah yang jadi batu penghalang.
“Sebab itulah saya sebutkan diatas itu yang mana akan berterusan
dan kepada rakyat nilailah dan lihatlah bagaimana perangai golongan ini yang
dilihat bukannya untuk memperjuangkan rakyat tetapi adalah sebaliknya,” ujar
beliau.
Sumber: MediaUMNO
9:39 PM
Apabila sekor lembu membawa penyakit dalam kumpulannya, maka lembu tersebut harus dikorbankan bagi mengelakkan lembu-lembu yg lain berjangkit...
Kerajaan Selangor Korban Lembu Elak Penyakit Merebak
11:04 AM
standard parti mangkuk hayun ni mereka bukan perjuangkan isu rakyat sebaliknya berjuang bermati-matian mencari kuasa dan mengukuhkan kedudukan masing2. kabajikan rakyat bukan lah agenda utama mereka. jadi rakyat selangor yang betul2 tak mau teraniaya berfikir lah dengan waras sebelum bertindak. jangan dah terhantuk baru nak terngadah. masa tu semuanya dah tak guna.