Kita rasa amat sangsi dan curiga kerana di Selangor hari ini sudah
wujud sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Antara Agama, yang
difahamkan di dalamnya semua agama dimasukkan dalam satu Jawatankuasa.
Aktivis masyakat, Hamidzun Khairuddin berkata, beliau sendiri ada
pengalaman apabila ingin mendirikan sebuah surau di Taman Aman Perdana, surat
permohonan untuk meminta bantuan dari kerajaan negeri telah disalurkan kepada
jawatankuasa tersebut.
“Akhirnya kami tidak mendapat sebarang bantuan untuk mendirikan surau
di taman Aman Perdana itu dan yang lebih memeranjatkan ialah Pengerusi
Jawatankuasa Antara Agama ini ialah seorang EXCO Kerajaan Negeri yang bukan
beragama Islam.
Persoalannya ialah mengapa perlu diwujudkan jawatankuasa Antara
Agama ini dan apakah akibat serta implikasinya kepada agama Islam sebagai agama
rasmi di Selangor dan agama rasmi di peringkat persekutuan?,” ujarnya ketika
ditemui di Shah Alam sebentar tadi.
Dalam masa yang sama, dalam hal pembianaan pusat-pusat ibadat
agama lain, peruntukan yang diberikan kerajaan negeri sangat mewah dan
berlimpah-ruah, berbanding dengan permohonan untuk mendirikan surau dan masjid
oleh penduduk Islam di Selangor.
“Mengapa apabila kita ingin mendirikan surau atau masjid, mengapa
tidak ada apa-apa bantuan dari kerajaan negeri?. Islam sebagai agama rasmi di
Selangor, wajar diberikan peruntukan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan negeri
dalam mendirikan dan memakmurkan surau dan masjid di Selangor.
Persoalan besar yang harus diketahui rakyat, mengapa agama Islam
wajibataupun telah dimasukkan sebagai suatu entiti dalam Jawatankuasa Antara
Agama ini. Saya mahu Menteri Besar selaku EXCO Agama Islam jawab
persoalan-persoalan seperti ini,” tambahnya lagi.
Dalam masa yang sama, Hamidzun meminta kerajaan negeri mengiktiraf
islam sebagai agama Islam di Selangor, kerana beliau melihat sudah ada cubaan
untuk menganak-tirikan Islam sebagai agama rasmi di Selangor.
Ini adalah satu tindakan yang sangat tidak wajar yang dilakukan
oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Exco Agama Islam di negeri
Selangor ini.
11:11 AM
Salam... Bro mohon untuk masukkan blog ini ke dalam bloglist Bro... http://www.cywarputrajaya.com
Ini blog baru aku, blog lama akan ditutup berikutan masalah kerenah birokrasi dengan Google... Mohon untuk remove blog http://exception2008.blogspot.com/ dari bloglist (jika ada)