Mudah Untuk Berjanji, Tapi Melaksana Janji Bukan Jadi Keutamaan Pakatan Pembangkang


Amat mudah untuk melafazkan janji, namun amat payak untuk melaksanakannya. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk digambarkan kepada pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang di Selangor hari ini, walaupun sudah berada di hujung penggal PRU12, namun segala janji yang dibuat pada PRU yang lalu, janji hanya hanya tinggal janji, ujar Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor, Mahmud Karim.

Itulah yang berlaku kepada rakyat Selangor hari ini di bawah pentadbiran Pakatan Pembangkang  yang kini terpaksa menjadi pengemis pula untuk menagih janji kerajaan yang dipilih oleh sebahagian dari mereka. Segala janji-janji yang ditabur pada pilihanraya sebelum ini adalah pembohongan dan omong-omong kosong semata-mata.

“Sehingga ke hari ini, saya tidak nampak kerajaan Selangor yang diterajui oleh PKR melaksanakan segala janji-janji mereka ketika PRU yang lepas. Ini dah masuk empat tahun mereka memerintah, namun tidak ada sebarang pembaharuan yang dilakukan oleh mereka.

“Sebab itu saya katakan mereka ini berbohong. Mereka sanggup  berbohong kepada rakyat di Selangor, semata-mata untuk yakinkan rakyat demi kuasa politik mereka. Selepas itu, mereka buruk-burukkan UMNO dan BN untuk hasut rakyat agar bencikan kerajaan, sedangkan pentadbiran mereka lebih teruk dan buruk berbanding kerajaan BN.

“Sekiranya BN memegang Selangor hari ini, sudah tentu rakyat di Selangor akan menikmati lebih kemudahan baik dari segala sudut, kerana BN sememangnya memegang kuasa untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukan seperti mereka, hanya tahu berpolitik sepanjang masa,” ujarnya dalam pertemuan dengan pengundi-pengundi muda bersama kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian di Kampung Hulu Rening, Batang Kali baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar rakyat di Selangor hari ini, terutama golongan muda membuka mata dan melihat sendiri bagaimana sikap dan kepimpinan Pakatan Pembangkang yang hanya tahu melontarkan janji biarpun tahu, mereka tidak mampu untuk melaksanakan janji-janji tersebut.

“Kerajaan Selangor hari ini tidak berpijak di bumi yang nyata. Mereka menabur janji semata-mata untuk menang pilihanraya. Tidak seperti UMNO dan BN, yang akan berjanji kepada rakyat hanya terhadap perkara yang mampu dilakukan saja.

“Jika kita tidak mampu lakukan, maka kita akan berterus terang. Kita tidak membohongi rakyat semata-mata untuk mendapat kuasa pemerintahan,tetapi  BN adalah sebuah gabungan parti-parti yang ditunjangi UMNO yang benar-benar mahu membina negara ini ke arah yang lebih baik untuk semua kaum,” ujarnya lagi.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

5 Komen

  1. Anonymous
    4:46 PM

    brader, jangan tengok jauh2 lah, pemuda hulu selangor kalau betul untuk rakyat kasi pusing lah satu hulu selangor, bagitau apa yang pakatan haram janji tak terlaksana, ni tak habih pusing dekat taman sendiri je, cuba lah periksa balik area mana yang punca jatuh, dari aspek umur lak siapa yang kasi jatuh.

    ini bila time makan, muka lu orang aje,bila time program free untuk rakyat tak tau la mana lu orang pergi.

    jangan ah asyik berada di takuk lama. hulu selngor ni bukan kecik bai, nak harap yb sorang tak terlayan dia.

    -pemuda hulu selangor yang tak pernah nampak ketua pemuda bahagian-

  2. Anonymous
    5:40 PM

    Ko tu x tau atau x amik tau pasal program.....jgn ko nak melalak pasal umno hulu selangor....

  3. Anonymous
    5:48 PM

    Yb yg ko masukkan yb mana?

  4. Anonymous
    3:17 PM

    hebat hebat aku suka pemuda ni, lu orang citer kat aku dari mula pakatan haram amik alih selangor berapa banyak forum penerangan yang korang dah buat??

    ko tak melalak pasal umno hulu selangor bai, gua melalak pasal pemuda hulu selangor.

    gua terkilan bai, hari tu kita kalah, sebab banyak undi2 yang konon tak puas hati dengan pemimpin, pastu cuba korang cerita apa yang korang buat untuk tarik balik mamat2 yang tak puas hati tu?

    gua bukan jenis, hati busuk bai, tak dapat jadi pemimpin, tarik selimut tinggi2 buat pekak buta.

    sebab tu gua tanya balik dekat korang yang aktif dengan KP dan TKP dorang dah buat kajian balik ke, kawasan mana yang kita kalah hari tu? kenapa, berapa dan golongan mana yang kita kalah,

    yang tanya sama ada aku tak tau atau tak amik tau tu cuba ko bagi pencerahan sikit dekat mana yang kononnya golongan yang tak tahu ni boleh tahu dan amik tahu apa program yang korang buat.

    macam gua cakap bai dalam hulu selangor ni ada berapa bahagian? lu orang buat 1 taman je, lagi baki yang lain2 tu korang sorok mana?

    berani cakaplah bai "takkan nak buat setiap taman dekat hulu selangor" pemimpin mana yang takbur sangat tu.

    kepada yang tanya YB yang mana tu alhamdullilah aku ucapkan "my point exactly"
    -kini dulu selamanya-

  5. Pemuda umno hulu selangor dan majlis belia cukup banyak menganjurkan program khusus utk pemuda dan bwlia2 tempatan. Contohnya santai pemuda bersama pemimpin. Santai belia. sukan dll..jemputa dibuat melaui banner2 dan ketua pemuda dan penggerak belia twmpatan kawasan itu sendiri. Mungkin kami terlepas pandang kpd saudara. insyaallah kalau ada program selepas ini akan buat jemputan secara menyeluruh.

Post a Comment