Pendedahan oleh Jawatankuasa Selamatkan Padang Rakyat bahawa
cadangan pembangunan Kompleks Sukan PKNS di Kelana Jaya berdasarkan versi tidak
sah Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) mempunyai implikasi besar bukan
sahaja untuk projek tersebut tetapi Petaling Jaya secara keseluruhan.
ADUN Seri Setia, Nik Nazmi nik Ahmad berkata, sebelum ini
masyarakat setempat dimaklumkan bahawa
padang tersebut dizonkan sebagai kawasan komersial.
“Malah Ahli Majlis MBPJ dan saya sendiri dibekalkan maklumat yang
sama. Hakikat bahawa wujud bercanggahan di antara RTPJ2 yang digazetkan secara
sah oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor dengan versi kedua
membangkitkan pelbagai persoalan.
MBPJ turut bersetuju bahawa versi pertama yang menyatakan bahawa Padang
PKNS merupakan kawasan rekreasi merupakan versi yang sah. Sebelum ini saya
telah menggesa agar perkara ini dibawa ke Jawatankuasa Terpilih mengenai Kewibawaan,
Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Dewan Negeri Selangor,” ujarnya
dalam satu kenyataan kepada media (yang turut sampai ke tangan Sahabat-Gunung)
Walaubagaimanapun Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah
mengumumkan pembentukan jawantkuasa bebas berkenaan hal tersebut.
“Saya mengalu-alukan pengumuman tersebut untuk menyiasat sebarang salahlaku
di dalam hal ini tetapi saya percaya sudah tiba masanya PKNS mengambil
keputusan yang tepat untuk membatalkan pembangunan Kelana Jaya demi kepentingan
masyarakat.
Projek ini jelas sekali tidak dapat diteruskan memandangkan projek
ini bertentangan dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan sewajarnya
kita menamatkan kontroversi ini dengan segera. ……”.
0 Komen