Nizar Adalah Penyambung Lidah DAP Untuk Perlekeh Raja-Raja Melayu


Sikap anggota pakatan pembangkang yang bertindak biadap, kurang ajar dan mempersenda Raja-raja Melayu tentunya didukung oleh segelintir pihak yang sememangnya mahukan Malaysia menjadi sebuah negara Republik, kata penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek.

Jelasnya, dalam pakatan pembangkang itu sendiri memang jelas ada sebuah parti iaitu DAP yang mahukan negara ini menjadi sebuah kerajaan republik iaitu tanpa Raja-raja Melayu.

“Walaupun hal ini ditimbulkan oleh Nizar menerusi twitter baru-baru ini ternyata satu tindakan yang biadap bukan sahaja kepada Sultan Johor tetapi secara amnya adalah kepada semua Raja-raja Melayu kerana Sultan Johor adalah anggota kepada satu institusi iaitu Majlis Raja-raja,” katanya. 

Sebelum ini, Nizar lantang mempertikaikan tindakan Sultan Johor membeli nombor kenderaan WWW1 dengan menuduh baginda telah menyalahgunakan wang rakyat semata-mata untuk membeli nombor kenderaan tersebut yang berjumlah RM520 ribu.

“Ini adalah sikap kurang ajar, biadap, tidak menghormati institusi Diraja dan mempersenda Raja-raja Melayu yang selama ini menjadi payung kepada orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya.”

Jelasnya, sebagai orang Melayu, Nizar sendiri sewajarnya sedar peranan baginda tetapi sebaliknya dia telah menjadi alat kepada pihak lain bagi menjatuhkan martabat institusi Raja dan orang Melayu sendiri.

“Inilah sebenarnya yang dimahukan oleh pihak pembangkang khususnya DAP iaitu memperlekeh kedudukan Sultan dan Raja-raja Melayu kerana antara tugas baginda sendiri adalah melindungi keistimewaan orang Melayu dan bumiputera serta menjaga kepentingan sah orang Melayu selain menjadi ketua agama Islam dan juga Panglima Tertinggi Angkatan Tentera.

Baca seterusnya di sini.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment