Panda Diplomacy: Lebih Sekadar Simbol Hubungan Erat China-Malaysia


Di antara tahun 1958 hingga 1982, China telah menyerahkan 23 ekor beruang panda kepada 9 negara sebagai menandakan permulaan hubungan diplomatik.  Panda yang dipinjamkan ke zoo di Amerika dan Jepun menjadi sejarah diplomatik penting bagi Republik Rakyat Cina (PRC) pada tahun 1970an kerana ia merupakan pertukaran budaya pertama antara PRC dengan barat. 

Amalan ini dipanggil ‘Panda Diplomacy’.

Panda, ialah spesis yang hampir pupus mempunyai habitat di bahagian Sinchuan, China.  Ia dianggap sebagai simbol keamanan dan mewakili konsep ‘Yin dan Yang’.  Malah, panda juga dikenali sebagai duta China paling lama berkhidmat apabila diserahkan sebagai hadiah kepada Jepun di era Dinasti Tang sekitar 685 AD.

Pada tahun 1984, bagaimanapun, panda tidak lagi diberikan sebagai hadiah.  Tetapi, PRC mula menawarkan panda kepada negara lain sebagai pinjaman selama 10 tahun di bawah terma-terma tertentu termasuk bayaran sehingga USD1,000,000 setahun dan setiap anak panda yang lahir dalam tempoh tersebut adalah hak PRC.

Panda memakan pucuk buluh dan mempunyai kadar kelahiran yang rendah yang menyebabkan ia menghadapi ancaman kepupusan. Pada tahun 2004, hanya 1,600 sahaja yang dipercayai masih hidup secara liar. 

Kerana itu, panda menjadi khazanah negara China dan adalah salah satu dari maskot Sukan Olimpik di Beijing pada tahun 2008.

Mengambilkira kepentingan spesis ini pada negaranya, keputusan China untuk meminjamkan dua ekor panda selama 10 tahun kepada Malaysia dengan sendirinya menjadi symbol kepentingan hubungan China-Malaysia.

Ketika era Perdana Menteri Tun Abdul Razak, hubungan China-Malaysia dikukuhkan melalui ‘Ping Pong Diplomacy’ pada tahun 1974.  Sejak itu, kedua-dua negara sememangnya mengekalkan hubungan sosial, politk dan ekonomi yang baik.

Dengan hubungan yang telah sedia erat, ‘Panda Diplomasi’ ini pastinya membawa makna yang lebih mendalam lagi.  Ia bermakna China mengiktiraf pencapaian Malaysia dalam penyelidikan dan pemuliharaan.

Lebih dari itu, dengan mengamanahkan Malaysia dengan khazanah negaranya, China secara tidak langsung mengiktiraf komitmen Malaysia dalam menambahkan bilangan spesis yang terancam. 

Kita percaya bahawa persahabatan, kepercayaan dan pengiktirafan China terhadap Malaysia akan membawa kepada kerjasama yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.  Dengan kejayaan Malaysia memperolehi kepercayaan salah satu negara kuasa besar dunia, ia juga menjadi bukti kepimpinan dinamik Perdana Menteri kita. 

Bagaimanapun, amatlah menyedihkan apabila ada segelintir rakyat yang tidak melihat kepentingan Panda Diplomacy ini dan harus mempermainkan seruan kerajaan untuk membantu menamakan panda-panda terbabit.  Ketika kuasa dunia menunjukkan hormat kepada kita, segelintir rakyat Malaysia sendiri bertindak menunjukkan betapa rendahnya mentality mereka.

Penulis percaya, pihak yang sama juga mengaku sebagai rakyat yang setia, rasional dan terbuka tetapi mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya kedengaran seperti rakyat yang terencat akal.

Bagaimanapun, usahlah kita merasa terganggu dengan beberapa orang yang terencat akal tetapi kasihanilah mereka kerana tidak dididik dengan baik. 

Justeru, inilah diseru semua rakyat yang benar-benar setia, rasional dan terbuka untuk mengambil bahagian dalam pertandingan menamakan panda-panda ini supaya kita dapat memberi nama terbaik kepada dua ekor khazanah dunia yang kini dibawah tanggungjawab kita.   - BB @ Panda Biru
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.