Dalam perkembangan terbaru untuk
menjustifikasikan bahawa soal pilihanraya jauh lebih utama berbanding ibadah
haji di Mekah, Presiden PAS Abdul Hadi Awang telah 'memfatwakan' bahawa
"menangguhkan haji wajib kalau berlaku pilihanraya, kerana menunaikan amanah
besar memilih pemimpin adalah wajib dan tidak boleh ditangguh kerana
dipaksa".
Sebegitu mudah sekali pemimpin PAS membuat
kesimpulan dan menetapkan keputusan semata-mata untuk mempertahankan
keterlanjuran Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyarankan ahli
PAS menangguhkan ibadah haji demi kepentingan menghadapi pilihanraya.
Polemik isu pilihanraya di musim haji ini
sebenarnya tidakpun menjadi isu dikalangan bakal-bakal haji kerana
masing-masing tahu ibadah mengerjakan haji di Mekah Mukarramah sudah termaktud
dalam Rukun Islam yang menuntut ianya dilaksanakan bagi orang yang
berkemampuan.
Malah andai kata pilihanraya umum kelak
diadakan juga dalam musim haji, mereka sudah nekad dalam hati untuk
memanfaatkan peluang sujud di depan kaabah dan melupakan terus soal pilihanraya
serta urusan duniawi yang lain.
Soal bila pilihanraya, sempat atau tidak
seseorang menyertainya tidakpun termasuk dalam salah satu Rukun Islam mahupun
Rukun Imam.
Kewajipan memilih pemimpin sebagaimana
dihujahkan oleh Presiden PAS sedikitpun tidak berupaya membatalkan suruhan
Allah s.w.t yang mengkehendaki umat Islam menunaikan fardhu haji bila tiba saat
dan kemampuannya.
Lagipun siapa pemimpin PAS yang mahu mendakwa
diri sebagai wajib dipilih sebagai pemimpin negara sedangkan mulut dan akalnya
asyik mendahulukan kepentingan sendiri berbanding amalan wajib yang diperintah
oleh Allah s.w.t?
Tapi bagi pemimpin PAS tentu sahaja berbeza,
dek kerana hati dan nafsu keinginan mereka meletakkan soal pangkat dan kuasa
duniawi melampaui kewajipan ibadah, maka kerana itulah sengaja ditimbulkan
polemik ini dengan berselindung disebalik hujah agama yang separa masak.
Jika Rukun Islam yang menjadi tanda aras
keIslaman seseorang hamba Allah pun sedemikian mudah mahu ditangguh-tangguh
demi politik kepartian PAS, jadi tak hairanlah mengapa PAS mudah beralah dalam
isu kalimah Allah s.w.t yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini.
Pelik? Apa nak pelik, sejak dulu hingga kini
segala polemik isu yang melibatkan agama Islam serta segala label-label islamik
yang digunapakai oleh PAS hanya satu saja motifnya - demi politik dan
kepentingan perut sendiri, itu sahaja tujuannya.
0 Komen