Pembangkang Tiada Isu, Guna Isu Lapuk Untuk Tagih Simpati Rakyat

Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri melihat pakatan pembangkang hari ini sudah tidak mempunyai isu-isu baru yang boleh diketengah atau dimanipulasikan sehingga mereka terpaksa menggunakan semula isu lama dalam memberikan gambaran dan imej tidak baik kepada kerajaan Barisan Nasional khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.


“Mereka kini terpaksa kitar semula isu lama yang tidak ada kaitannya sama sekali, contohnya memberikan imej buruk kepada Perdana Menteri dengan isu kapal selam Scorpene dan pembunuhan model, Altantuya yang tidak ada kaitan langsung.

Jadi mereka cuba mengaitkan perkara ini supaya menjadi isu baru, semata-mata mencemar nama baik pemimpin kita, yang secara sedar, pendekatannya semakin diterima oleh rakyat 1Malaysia,” ujarnya mengulas serangan-serangan peribadi pakatan pembangkang terhadap Perdana Menteri sebagaimana yang didedahkan Ahli Parlimen Kulim Bandar baharu, Datuk Zulkifli Nordin di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Tambahnya, kerajaan BN juga telah berusaha bersungguh-sungguh menangani masalah rakyat, dalam masa yang sama BN telah menunaikan banyak janji.

“Sehubungan dengan itu, rakyat harus sedar dengan permainan politik sempit pakatan pembangkang yang sengaja mahu mencipta isu yang remeh-temeh untuk mengharu-birukan Negara, dengan tujuan untuk merampas kuasa di peringkat pusat.

Berbeza dengan BN, kita berusaha memberikan keselesaan dan keamanan, melaksanakan dan melunaskan segala janji, malah benda yang kita tak janji pun, asalkan memberikan keselesaan dan kemudahan kepada rakyat kerajaan akan usahakan,” tambahnya lagi. 
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment