Apakah ini demokrasi Islam…. Mungkin PAS
boleh jawab. Apakah ini demokrasi tulen yang diperjuangkan PKR dan apakah ini
demokrasi ala-ala DAP.
Pertanyaan ini mungkin boleh dirungkaikan
oleh parti pembangkang berhubung kekecohan yang berlaku ketika Ahli Parlimen
Kuli Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin di Kg Medan, Petaling Jaya Utara
baru-baru ini.
Bagi Zulkifli Noordin, apa yang diungkapkan
semasa ceramah berkenaan adalah berhubung kait dengan kebenaran dan bukannya
kepalsuan semata-mata.
“Mereka (penyokong PAS) tahu apa yang mereka
buat ini salah, menjual kalimah Allah, gadai anak bini dalam politik, buat
sumpah talak tiga, sanggup cerai isteri disebabkan parti, sanggup menukar
perjuangan dari Negara Islam kepada Negara berkebajikan, bila ditanya kebajikan
macam mana sedangkan kebajikan Memali yang kononnya mati syuhada ini pun tidak
dijaga, sebab tu mereka tak boleh jawab.
“Sekarang ini mereka nak tukar pula Islam
sebagai Ad-Din, Islam cara hidup. Saya persoalkan cara hidup Islam, semua orang
nak. Tapi saya tanya soalan mudah, cara hidup Islam macammana yang kamu (Pas)
gunakan untuk pecat Hassan Ali?.
“Tak bagi tunjuk sebab, tak bagi peluang bela
diri, tak bagi pertahan diri, tak panggil mesyuarat, tahu-tahu sahaja Hassan
Ali telah dipecat. Apa dosa Hassan Ali? Di mana bukti nak jadikan Islam sebagai
Ad-Din?,” ujarnya mengulas tindakan segelintir penyokong PAS yang telah cuba
menyerangnya di Kg Medan baru-baru ini.
Dalam masa yang sama, beliau turut
mempersoalkan penyakit pluralism yang semakin menular dalam pakatan, di bawa
oleh Anwar Ibrahim, menyamakan semua agama. Kesan kepada pluralism ini, dan
kesan yang boleh dilihat di Indonesia.
“Di Indonesia, banyak orang yang tak tahu
bahawa perbuatan liwat dan hubungan lesbian dibenarkan. Di sana, homoseks dan
lesbian adalah perbuatan seks yang tidak dihalang. Dibenarkan oleh
undang-undang, ianya bukan satu perlakuan jenayah. Saya beritahu mereka kesannya.
“Kesan terbesar Anwar Ibrahim. Bila ditanya
kepadanya mengenai undang-undang liwat, dia kata akan mansuhkan, ini
undang-undang lapuk. Wall Street Journal tanya padanya, apa pendiriannya
terhadap mereka yang melakukan hubungan seks bebas, homoseksual dan lesbian, dia
kata bukan kerja dia tangkap
orang yang melakukan homoseksual dan lesbian ini,”
tambahnya.
Dalam masa yang sama, kita tengok sendiri
perbuatan ini berlaku dalam pakatan. Bagaimana Ustaz boleh bagi kaunseling kepada
isteri orang pada jam 3 pagi, boleh makan aiskrim dalam jamban. Anwar sendiri
dah terpampang video satu dunia.
“Ini bukti bahaya fahaman pluralism yang sudah
menular ke dalam pakatan dan sudah meracuni PAS. Jadi Pas sudah diresapi parasite-parasit
ini. Saya kata kenapa ahli Pas tak bangkit, bukan suruh pertahankan UMNO, bukan
suruh bersama dengan UMNO tetapi mempertahankan parti sendiri yang sudah hancur
yang disebabkan oleh parasit-parasit ini. Ini yang mereka tak tahan ini. Benda tu
benda fakta, bukan saya cakap benda yang teori,” ujarnya ketika ditemui di
Dewan Rakyat petang tadi.
8:17 AM
ahlul bahlol lembu PAS memang perangainya begitu... jenis cakap x pakai otak....bila ada orang bangkitkan isu bersama fakta, mereka mudah panas telinga sebab x boleh nak jawab...
so, kepada YB Zul.. sabor ler yop...
8:58 AM
Fasa kekeliruan jati diri ahli&pemimpin pas...kena cpt cari jati diri 2 sblm dibawa arus pluralisme
9:06 AM
Otak kalau dah bodoh tak boleh berlawan akal tangan pun naik lah!
9:22 AM
Assalam Bro
Padanlah mereka dok pakat2 suka pergi Indonesia... semuanya halal pak...wakakakaaa...
9:36 AM
Kalau PR memerintah bukan sahaja homosex dan lesbian dibenarkan tetapi Islam boleh khawin dengan Krstian, hindu seperti di Indonesia...gawat pak...