PR Boleh Menang Lepas Imej SPR Dirosakkan


Menuduh Suruhanjaya Pilihanraya tidak telus dan berat sebelah, namun dalam masa yang sama yakin pakatan pembangkang akan menang 105 kerusi parlimen pada PRU13 ini menggambarkan sikap pemimpin-pemimpin pakatan dikelilingi dengan sikap hipokrit.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor, Zulkarnain Abu Hanit berkata, hakikatnya amalan matlamat menghalalkan cara telah manjadi darah daging mereka

"Kemenangan di 105 kerusi Parlimen sebagaimana yang  dicanangkan tu hanya mungkin menjadi kenyataan jika imej institusi kerajaan persekutuan di mata awam termasuk SPR berjaya dirosak dan dicabuli.

Mereka tahu majoriti rakyat akan tetap mengundi dan memperakui keputusan pilihanraya yang dikeluarkn oleh SPR, walau macammana pun mereka tetap menyalah dan memburukkan SPR," ujarnya mengulas keyakinan Rafizi Ramli bahawa pakatan mampu menang 105 kerusi parlimen baru-baru ini.

Tambahnya, mereka sanggup buat dan kata apa sahaja untuk menang walaupun caranya tidak betul dan mencabuli hak org lain.

“Berkuasa di lima negeri dan berjaya menidakkan majoriti 2/3 BN dalam Dewan Rakyat hasil daripada PRU12, sangat-sangat menyeronokkan mereka, apatah lagi apabila dapat menggunakan kuasa yang ada dengan sewenang-wenangnya,

Contohnya, jual harta-harta negeri untuk dapatkan hasil mudah, harta-harta negeri yang diusahakan oleh kerajaan BN terdahulu, bukankah harta-harta itu hakmilik rakyat selangor? Kalau begini cara mengurus negeri, seperti mengurus syarikat perniagaan yang bermatlamatkan keuntungan semata-mata,” ujarnya yang juga Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor.  

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment