Rafizi Letak Jawatan: Bukti Pergoalan Khalid-Azmin Berebut Kuasa Di Selangor


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin berkata, keputusan meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor yang dibuat Rafizi Ramli semalam merupakan satu keputusan yang mengejutkan, namun percaya lebih banyak tindakan mengejut akan terjadi di negeri Selangor yang dibuat samaada pihak kerajaan negeri mahupun kepimpinan PKR negeri.

“Saya percaya, keputusan ini dibuat angkara perbalahan yang terjadi antara MB, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali cukup hebat sekarang ini.

Cuma perkara yang agak merisau dan membimbangkan, mengapa Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR cuba mengawal dan memberi arahan kepada kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Khalid Ibrahim, kerana kerajaan negeri bukannya kepunyaan parti. Kerajaan negeri adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan masyarakat,” ujarnya mengulas perletakan jawatan Rafizi Ramli semalam sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Tambahnya, ini bukan soal masalah dalaman parti,  tetapi bila berlaku perbalahan antara dua pemimpin besar dalam PKR ini, akhirnya ia akan memberikan kesan yang teruk kepada rakyat.

“Kita jangka lebih banyak perkara-perkara teruk lagi yang akan berlaku selepas ini. Dalam masa yang sama, apa hak Azmin Ali untuk mencampuri urusan termasuk mendesak Setiausaha Politik MB, Faekah. Apa yang kita risaukan ialah perbalahan dua pemimpin ini akan menghancurkan kerajaan negeri Selangor yang akhirnya rakyat di negeri Selangor yang akan musibah angkara mereka berdua ini.,” ujarnya yang juga penyelaras BN Parlimen Gombak.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta rakyat Selangor membuka mata melihat sendiri pergoalan dan perebuatan kuasa yang berlaku dalam kepimpinan PKR Selangor dan kepimpinan pakatan pembangkang secara keseluruhannya,   akhirnya mereka ini tidak mempunyai keutamaan kepada rakyat sebaliknya mereka mengejar segala jawatan yang ada, demi untuk kepentingan peribadi masing-masing.  

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

Post a Comment