Rakyat Mahu Kerajaan Selangor Tunai Janji Bukan Papan Tanda


Menyedari Pilihan Raya Umum (PRU) 13 semakin hampir, Kerajaan Negeri Selangor dilihat semakin rancak menaikkan pelbagai papan tanda, sepanduk dan sebagainya kononnya ucapan terima kasih rakyat kepada Kerajaan Negeri.

Ianya kini sudah seperti satu budaya baru pakatan pembangkang di negeri Selangor namun menurut Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukur Idrus, hakikat sebenar tidak seperti yang digambarkan pada papan tanda yang dipacakkan.

“Apa yang berjaya Kerajaan Negeri Selangor tunaikan ialah RM11 iaitu bantuan air percuma. Itu pun bukan semua rakyat menikmatinya kerana ratusan ribu rakyat tidak dapat . Hakikatnya janji-janji lain semasa PRU yang lalu masih terlalu banyak tidak dilaksanakan.

“Seperti contoh, bantuan RM1 ribu kepada pelajar yang berjaya memasuki universiti, tidak ditunaikan. Kalau adapun, hanya diberi kepada kroni-kroni mereka. Ini yang berlaku. Apabila rakyat datang mengadu kepada kita, UMNO telah mengambil keputusan menghulurkan bantuan RM300 kepada semua pelajar yang berjaya. Bajet ini adalah menerusi peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Skim usia emas juga menerima nasib yang sama. Mana janji nak bagi RM50 kepada kanak-kanak tadika, RM75 kepada bayi yang dihantar ke nurseri, RM600 kepada ibu tunggal dan banyak lagi.  Janji-janji mereka kepada rakyat terus sepi. Rakyat mahukan pembelaan sewajarnya dan bukannya menaikkkan papan tanda retorik yang bertujuan mengaburi mata rakyat,” ujarnya.

Justeru tegas beliau disebabkan PRU sudah semakin hampir, Kerajaan Negeri dilihat berusaha keras untuk mengelirukan rakyat kononnya mereka telah berjaya mentadbir Negeri Selangor dengan baik sedangkan mereka sedang bersandiwara untuk menutup kegagalan mereka dalam melaksanakan serta menunaikan tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan seperti yang dijanjikan mereka sebelum ini.

“Bab pacakkan papan tanda, memang mereka pakar terutama untuk mengaburi mata rakyat. Tapi mereka lupa, rakyat bukannya bodoh untuk menilai apa sebenarnya yang terjadi.

“Rakyat Selangor bijak dan tidak akan terpedaya dengan apa yang dilakukan oleh mereka, setakat papan tanda tidak memberi sebarang perubahan. lebih baik digunakan kos papan tanda itu untuk kebaikan rakyat,” katanya.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment