Rakyat Selangor Bakal Tolak Kerajaan Kotor, Busuk Dengan Pelbagai Masalah


Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang, Datuk Sohaimi Shahadan berkeyakinan bahawa keseluruhan rakyat Selangor akan kembali mengundi Barisan Nasional (BN) ekoran kegagalan kerajaan negeri Selangor yang sedia ada dilihat gagal untuk menepati janji-janji di dalam manifesto pilihanraya lepas, serta kegagalan mereka mengurus tadbir negeri Selangor dengan baik.

Beliau merasa yakin bahawa rakyat Selangor kini sudah mula membuka mata dan menyedari permainan politik pihak Pakatan Pembangkang yang sanggup berbbohong semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

“Memang jelas, rakyat sudah mula muak dengan sikap dan pendekatan kerajaan negeri Selangor hari ini yang lebih suka berpolitik, menghentam sana dan menghentam sini seolah-olah mereka lebih baik dari orang lain, sedangkan masalah di dalam negeri sendiri mereka tidak dapat atasi.

“Lihat sajalah isu berkenaan sampah, rumah urut, air dan beberapa isu lagi yang menghantui rakyat Selangor masih belum dapat diselesaikan yang sudah berlarutan sepanjang pemerintahan kerajaan Pakatan Pembangkang di Selangor,”  katanya.

Bukan sekadar itu, isu pergolakan dalaman parti yang sedikit sebanyak menjejaskan pentadbiran negeri, isu karenah ahli majlis PBT Pakatan Pembangkang yang dilihat lebih kuah dari sudu, maka beliau yakin ia sudah cukup untuk membuatkan rakyat di Selangor kini serik untuk memilih Pakatan Pembangkang sebagai pentadbir kerajaan Selangor pada PRU yang akan datang.

“Isu pemecatan Dr. Hassan Ali juga telah memberikan kesan yang besar. Begitu juga isu rumah urut yang tumbuh bagaikan cendewan lepas hujan di Selangor. Sampaikan ke pekan-pekan  kecil di luar bandar pun sudah mula ada rumah urut. Sepatutnya kerajaan lebih mengambil berat tentang hal ehwal rakyat dan bukannya hal ehwal nafsu nafsi politik mereka saja,” tegas beliau.

Setakat ini menurut beliau, kerajaan Selangor hanya mampu untuk melaksanakan lebih kurang 10 peratus daripada 100 peratus perkara yang telah mereka janjikan kepada rakyat Selangor ketika PRU yang lepas.

“Daripada maklumat yang saya perolehi, memang ramai rakyat Selangor yang mengundi mereka dulu kini menyesal. Mereka telah mula sedar, Pakatan Pembangkang tidaklah sebagus mana seperti yang didakwa oleh mereka.

“Segala janji-janji yang mereka taburkan hanyalah satu sandiwara politik demi kuasa semata-mata.  Justeru itu, saya yakin bahawa InsyaAllah, pada PRU 13 yang akan datang, rakyat akan kembali memilih BN sebagai pentadbir di negeri Selangor,” ujarnya.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment