Salahkan SPR Dengan Tujuan Hasut Rakyat


Pihak pakatan pembangkang akan buat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat termasuk menafikan ketelusan dan kebertanggungjawaban pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dengan mengatakan pidak SPR tidak telus dan berat sebelah, sedangkan PRU12 yang lalu, terbukti mereka bukan sahaja menang lima buah negeri malah berjaya menafikan majoriti 2/3 BN di Dewan Rakyat.

Pengerusi Belia 4B Malaysia, Mua'amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaludin berkata, kenyataan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini bahawa pakatan pembangkang mampu menang 105 kerusi pada PRU13 kelak walaupun pihak SPR tidak telus dan berat sebelah, membuktikan mereka sendiri sekarang ini sudah gusar dan tidak yakin dengan kemampuan mereka, sehingga terpaksa memburukkan SPR demi untuk menghasut rakyat.

”Belia 4B melihat, kecenderungan rakyat terhadap menyokong sesuatu parti ketika ini bergantung kepada kawasan pedalaman dan kawasan bandar.  Kawasan luar bandar kurang terpengaruh isu semasa tetapi lebih melihat kepada kerja dan khidmat calon yang ditampilkan parti masing-masing. Apa yang dapat dilihat jelas sekarang, wakil rakyat atau jentera BN memang bekerja kuat dalam memenangi hati rakyat berbanding pihak pakatan pembangkang sendiri.

Dalam masa yang sama, isu-isu terkini sekarang pun banyak menyebelahi kepada BN. Transformasi Kerajaan, transformasi politik yang dibuat oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak dan pasukannya juga telah berjalan dan rakyat mula merasai faedahnya,” ujarnya mengulas kenyataan Rafizi Ramli bau-baru ini yang yakin pakatan pembangkang akan menang 105 kerusi walaupun SPR berat sebelah dan tidak telus.

Dalam masa yang sama, maklum balas ahli 4B seluruh negara turut menunjukkan peningkatan sokongan orang muda kepada BN.

”Saya yakin jika isu dan cara kerja BN yang berkhidmat kepada rakyat di teruskan, BN akan mendapat lebih mandat rakyat dan akan menang lebih banyak kerusi dari sekarang.

Kalau SPR ini, pembangkang memang sengaja cakap begitu untuk menghasut rakyat. Mereka sudah tahu akan sokongan rakyat kembali kepada BN, jadi mereka sengaja mengeluarkan keraguan penyokong mereka kepada badan-badan seperti ini (SPR), dengan tujuan menghasut, membina kemarahan penyokong mereka apabila mereka kalah pada PRU13 kelak.

Saya menyeru semua rakyat terutamanya golongan belia supaya jangan terpengaruh atau percaya dengan mereka yang telah terbukti menipu rakyat dari dulu lagi, dengan fitnah-fitnah jahat mereka dan janji-janji PRU yang sehingga kini masih tidak ditepati,” ,” tambahnya. 
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment