Takziah buat Sahabat – Fairuz Jumain


Gambar hiasan

Malam nie aku mendapat berita yang kurang baik yang menimpa sahabat aku, saudara Fairuz Jumain yang juga merupakan wartawan akhbar Sinar Harian.

Rumahnya di Saujana Utama, Selangor telah dirompak, kerugian dianggarkan dalam RM10,000 . TV, barang kemas, wang tunai RM200 dan beberapa barangan lain licin dikerjakan perompak.

Aku sempat menghubunginya sebentar tadi …. Sahabat aku nie masih boleh tergelak walaupun ditimpa kemalangan…..

“Yang aku pelik, TV aku dia ambil tapi PS3 aku dia tak ambil plak” ….. sempat juga kawan nie bergurau…

Namun, Alhamdulillah…. Tiada kecederaan kepada Fairuz dan isterinya kerana ketika kejadian, rumah kosong kerana kedua-duanya di pejabat.

Semoga sahabat kita nie diberikan kekuatan atas kemalangan yang menimpa mereka. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment