Adun BN persoal kemerosotan pendapatan Unisel


Sulaiman Abdul Razak- BN Permatang

Seorang anggota pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam mempersoal kemerosotan perolehan pendapatan Universiti Selangor (Unisel) sejak pakatan PKR-PAS-DAP mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri itu.
  
Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) berkata pendapatan Unisel menurun sejak tiga tahun kebelakangan ini.
  
"Berdasarkan rekod pendapatan Unisel pada 2008 berjumlah RM94.4 juta dan jumlah itu merosot kepada RM93.51 juta pada 2009 dan menurun lagi kepada RM75.48 juta pada 2010," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2012 pada sidang DUN Selangor semalam.
  
Sulaiman turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri mempolitikkan Unisel yang disifatkan tidak memberi manfaat kepada hala tuju universiti itu pada masa depan, termasuk kepada para pelajarnya.
  
"Sepatutnya Unisel berusaha menambah baik kokurikulum mereka yang ada termasuklah pengurusannya," kata beliau.

Bercakap kepada pemberita ketika waktu rehat, Sulaiman berkata sekiranya BN dapat menawan kembali Selangor pada pilihan raya umum akan datang, beliau akan mencadangkan agar status Unisel dinaik taraf menjadi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
  
Cadangan itu, katanya, adalah ekoran perkembangan Unisel ketika ini yang dilihat mengalami masalah dari segi prestasinya, khususnya dari segi pengurusan di mana pendapatan dan perbelanjaan yang tidak seimbang.
  
"Kita (BN) tidak mahu Unisel terus dalam keadaan yang mana prestasinya bermasalah. Jika BN menang, saya sendiri akan cadangkan supaya universiti ini dinaik taraf kepada IPTA.
  
"Kita mahu Unisel terus sejajar dengan IPTA lain dari segi pembangunan serta kualiti pendidikan tinggi di negara ini," katanya.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment