Sekretariat Anak Muda Selangor (SERANG) kecewa dan dukacita dengan
ADUN Sekinchan YB Ng Suee Lim, apabila
beliau tidak menjawab persoalan yang yang dilontarkan berkaitan Penjualan
Pangsapuri Damai, Taman Sekinchan Damai, Pekan Sekinchan seperti yang
didedahkannya baru-baru ini.
Pengerusinya, Budiman Mohd Zohdi berkata, Ng Suee Lim tidak
menjawab persoalan yang dilontarkan berkaitan isu ini sebaliknya membiarkan
pegawai beliau sahaja yang memberikan keterangan.
“sehubungan dengan itu, kita mencabar ADUN Sekinchan untuk
menjawab persoalan – persoalan yang diberikan. Persoalan terhadap penjualan
aset milik kerajaan Negeri Selangor bertujuan menampung perbelanjaan Majlis
Daerah Sabak Bernam (MDSB) bagi kerja-kerja penyelenggaraan adalah sesuatu
tindakan yang kurang bijak dari perancangan Belanjawan Tahunan MDSB. Apatah
lagi jika penjualan tersebut di bawah dari harga pasaran.
Persoalan mengenai penjualan pangsapuri di bawah dari dari harga
pasaran hanya kerana sebuah syarikat yang memasuki tender tersebut adalah
sesuatu kenyataan yang tidak diterima akal kerana NKK Enterprise merupakan
sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada 29 September 2010.
Mesyuarat Jawatankuasa Tender MDSB Bil 1/2010 bertarikh 4 November
2010 memutuskan syarikat ini diberikan kepada tender tersebut. Apakah asas
syarikat yang ditubuhkan tidak sampai 1 bulan lebih diberikan tender tersebut?,”
ujarnya selepas membuat laporan polis bagi menyiasat penyelewengan yang berlaku
ini.
Tambahnya, alasan MDSB tidak mementingkan keuntungan oleh itu
penjualan mengikut unit tidak boleh dilakukan adalah sesuatu kenyataan yang
kurang bijak dalam membuat pengiraan pelaburan hartanah kerana ia seperti
menafikan han penduduk Sekinchan khususnya dan Parlimen Sungai Besar umumnya
berpeluang mendapakan hartanah tersebut.
“Pengumuman penjualan dibuat pada 20 September 2010 dan NKK
Enterprise hanya ditubuhkan pada 29 September 2010 dan pada 4 November 2010
Jawatankuasa Tender MDSB Bil 1/2010 telah menawarkan tender tersebut.
Mengapakah syarikat yang tiada pengalaman dan baru ditubuhkan diberikan tender
tersebut?
NKK Enterprise merupakan entiti perniagaan yang beralamat di 17A,
Jalan Suria Indah 5, Taman Suria Indah Tanjung Karang. Mengapakah tidak
diberikan peluang entiti perniagaan dari Sekinchan?,” tambahnya.
Isu berkaitan unit yang dijual merupakan peruntukan untuk Bumiputera
masih lagi tidak terjawab.
“Kami berpendapat ada sesuatu yang tidak kena dalam penjualan aset
milik kerajaan negeri. Kita merasa kesal kerana YB Ng Suee Lim dan Ahli Majlis
yang terlibat membenarkan perlakuan ini berlaku,” ujarnya yang juga Ketua
Pemuda UMNO bahagian Sungai Besar.
0 Komen