Kejadian amuk di Kompleks B, Jabatan Perdana
Menteri 9 Julai lalu oleh seorang lelaki dan wanita membawa pedang samurai
dengan tujuan menggulingkan kerajaan dilihat sebagai satu petanda perkembangan
yang tidak sihat dalam politik negara.
Ini kerana pihak pembangkang yang selalunya
akan cepat melompat untuk mengeksploitasi sesuatu isu bagi kepentingan politik
mereka, kali ini amat menghairankan senyap sepi tanpa memberi banyak komen.
Lidah rasmi parti-parti pembangkang juga tidak
langsung memuatkan apa-apa berita mengenai kejadian tersebut seolah-olah ada
arahan misteri daripada kepimpinan tertinggi parti masing-masing supaya tidak
membicara atau mengenengahkan isu tersebut di dalam lembaran akhbar mereka.
Akhbar PAS, Harakah, terbitan tanpa permit PKR,
Suara Keadilan serta Roketkini milik DAP semuanya tiba-tiba dilanda penyakit
bisu dan tidak semena-mena mata pena fanatik pengarang akhbar-akhbar tersebut
yang galak menyerang kerajaan dan Perdana Menteri saban hari, kali ini terkunci
serentak.
Pelik dan ajaib tetapi itulah hakikatnya bahawa
kali ini pembangkang langsung tidak mahu memberi apa-apa komen mengenai
tindakan amuk Khalil Afandi Hamid yang menggelar dirinya 'Imam Mahdi'.
Khalil Afanda kemudiannya mati akibat tembakan
polis sementaranya pasangannya Muhdalina Ahmad cedera di kaki.
Pembangkang terutamanya PAS tidak mahu terlibat
dalam polemik insiden tersebut kerana tahu merekalah yang menjadi penyebab
utama kepada kemunculan gejala amuk tersebut.
Disebabkan takut dikaitkan dengan tindakan
keganasan itu, maka PAS mengambil sikap berdiam terutama sekali pemimpin mereka
seperti Abdul Hadi dan Nik Aziz.
Jika dikaji sejarah perjalanan politik PAS
sebagai sebuah organisasi politik, parti itu telah mula mengamalkan sikap
ekstremisme dalam dasar perjuangannya dengan terbitnya buku kecil 'Amanat Haji
Hadi' pada tahun 1981.
Buku kecil itu mengandungi beberapa fatwa Abdul
Hadi menurut fahaman agama yang sempit dan fanatik yang antara lain mengkafir
ahli-ahli Umno hanya kerana mereka berlainan ideologi politik dengan PAS.
Maka tercetuslah budaya kafir mengkafir yang
amat dahsyat di kalangan umnat Islam di negara ini terutamanya di kelahiran
Abdul Hadi iaitu Terengganu.
Masyarakat Islam yang selama ini hidup dalam
keadaan harmoni dan saling berkasih sayang di antara satu sama lain tiba-tiba
dipunahkan oleh 'Amanat Haji Hadi'.
Akibatnya daripada fatwa yang paling sesat
tersebut, suami menceraikan isteri semata-mata kerana si suami menjadi ahli PAS
manakala si isteri pula tetap menyokong Umno.
Jiran tetangga menjadi porak peranda kerana
kenduri kendara orang Umno di boikot oleh orang Pas hanya kerana fatwa Abdul
Hadi yang mengharamkan memakan sembelihan puak yang menyokong Umno.
PAS mengatakan merekalah pejuang Islam yang
tulen sehingga hak hubungan dan silaturrahim saudara-saudara seIslam diputuskan
semata-mata kerana fahaman politik yang jumud.
Susulan daripada fatwa sesat itu, tercetus pula
insiden solat dua imam di mana ahli-ahli PAS enggan bersembahyang di belakang
imam yang dilantik kerajaan kerana kononnya tidak sah hukumnya.
Maka di Terengganu dan di Kelantan merebaklah
budaya dua jemaah yang menyembah Tuhan Yang Esa dan mengikut Nabi yang sama
tetapi tidak mahu bersatu di bawah satu kepimpinan.
Kedai-kedai makan kepunyaan ahli Umno juga
dipulaukan ahli PAS, juga hasil fatwa Abdul Hadi itu, malah anak-anak orang PAS
diharamkan bercampur gaul dengan rakan-rakan mereka dari keluarga Umno.
Begitu besar dosa PAS memecah belahkan umat
Islam dan orang Melayu sehingga kesannya masih dirasai hingga ke hari ini.
Sikap fanatik Abdul Hadi kemudian berjangkit
pula kepada Nik Aziz yang menjadi Mursyidul Am parti itu.
Umat Islam menjadi binggung dam pemikiran
mereka kucar kacir apabila Nik Aziz menyatakan orang Islam boleh berkawan dengan syaitan.
Ini juga satu fatwa yang menyesatkan dari
seorang pemimpin PAS yang terang-terangan melanggar perintah Allah.
Allah menyatakan di dalam Al-Qur'an bahawa
syaitan adalah musuh yang nyata dan menyesatkan manusia tetapi Nik Aziz
menganggap syaitan yang dilaknat seharusnya dijadikan sekutu manusia.
Akibat berkawan dengan syaitan, Nik Aziz
mengeluarkan satu lagi fatwa yang menyesatkan dengan mengatakan sesiapa yang
mengundi PAS akan dianugerahkan dengan syurga.
Kini Nik Aziz telah menyamakan tarafnya dengan
Allah kerana boleh menentukan siapa yang berhak masuk syurga dan siapa pula
menjadi penghuni neraka!
Hakikatnya, amuk Khalil Afandi dan Muhdalina
adalah hasil kerja tangan kotor PAS dan pembangkang yang selama ini menanam
benih kebencian dan perpecahan di dalam masyarakat.
Kerajaan perlu bertindak tegas terhadap
penyebaran budaya benci dan fanatik ini sebelum muncul lebih ramai lagi Khalil
Afandi dan Muhdalina yang lain.
5:41 AM
8sDud ghd hair
xPvk michael kors purses
cVpi ghd
1kUkp ugg boots
5iZuv cheapest ghd straighteners
9:09 PM
tTmz ghd
kLmx cheap ugg boots
yAsm michael kors purses
9yPcc GHD Hair Straightener
3wOhc burberry outlet
0dMhl ugg australia
5oRfl ghd
5qNmj louis vuitton outlet
6wWst michael kors outlet
4fGpn ghd straighteners
6dZvl ugg boots
7dLxf cheap nfl jerseys
1yIqw michael kors outlet
4eKbr lisseur ghd pas cher
3fSkc discount uggs
4:37 AM
mXbg coach outlet
mHdo iXto michael kors
1pIzo cheap uggs
6lXww chi hair products
7gBcw michael kors outlet
7cVyz nfl football jerseys
7pBdc coach outlet
0oYza 0pDhc comprar ugg online
2tHjz 5zXwb michael kors
4aWkf nfl shop
1fFtt ghd baratas
7zDej ugg sale