Angkara politik rakus, Unisel bakal jadi gajah putih

Universiti Selangor (UNISEL) dahulunya dikenali sebagai "Universiti Industri Selangor" ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memberi pendidikan peringkat tinggi kepada rakyat negeri Selangor.

Malangnya hasrat melahirkan modal insan berkualiti dicemari apabila kerajaan negeri PKR mengambil alih pentadbiran pada pilihan raya umum yang lalu, lantas mempolitikkan semua perkara termasuklah aspek pendidikan.

Inilah dosa paling besar kerajaan pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang rakus kuasa apabila mempolitikkan perjalanan Unisel dan bakal menjadikan universiti terulung di negeri ini sebagai gajah putih.

Tindakan Abdul Khalid itu jelas apabila melantik individu dari kalangan ahli politik sebagai Ahli Lembaga Pengarah yang banyak mempengaruhi sebarang tindakan dan keputusan di universiti berkenaan.


Ahli politik dimaksudkan ialah:
Faekah Hussin- Setiausaha Politik Menteri Besar 
Dato Rashid Din - Ahli Parlimen Merbok ( PKR )
Che Rosli Che Mat- Ahli Parlimen Hulu Langat ( Pas)


Keadaan ini sama sekali tidak pernah berlaku pada zaman BN yang tidak pernah melantik ahli politik dalam Lembaga Pengarah kerana lebih mengutamakan kualiti pendidikan dan modal insan sehingga berjaya meletakkan Unisel setaraf dengan universiti awam dan swasta yang lain.

Naib Canselor, Datuk Dr Rosti Saruwono meletak jawatan 2 Ogos tahun lalu kerana tidak tahan dengan tekanan politik dan fitnah yang dilemparkan terhadap beliau sepanjang berkhidmat di universiti itu.
Beliau yang menggantikan Profesor Datuk Dr Razali Agus pernah berazam ketika mula-mula menjawat jawatan berkenaan untuk tidak tunduk kepada sebarang tekanan politik akhirnya terpaksa mengalah.

Dua pegawai kanan iaitu bekas Dekan Fakulti Perniagaan, Prof Dr Khalifah Othman dan bekas Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah meletak jawatan kerana ketidak adilan terhadap mereka.


Dakwaan itu dikuatkan lagi dengan peletakan jawatan tindakan dua Ahli Lembaga Pengarah kerana tekanan politik iaitu:
Datuk Adnan Alias - Bekas Pensyarah UKM
Datuk Dr Mohammad Ariffin Aton - Bekas CEO Sirim-Penyelidik


Dengan pengunduran Adnan dan Mohammad Ariffin, jumlah Ahli Lembaga Pengarah yang tinggal hanya 8 orang dengan tiga daripadanya adalah Ahli Politik daripada PAS dan PKR.

Selain Ahli Lembaga Pengarah, salah seorang Timbalan Naib Canselor (TNC) juga adalah aktivitis politik Pas yang aktif dan pernah dilantik sebagai Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.

Seorang lagi TNC berdepan dengan dakwaan salah laku berkaitan kes rogol seorang pelajar ketika menjawat jawatan sebagai dekan di UPM Serdang. Abdul Khalid mengetahui kes tersebut namun demi menjaga kepentingan kroni, beliau hanya memekakkan telinga. Tindakan itu menyebabkan ibu bapa bimbang menghantar anak-panak belajar ke Unisel.

Kos pentadbiran meningkat, sebaliknya jumlah pelajar semakin berkurangan. Ini menyebabkan Unisel menanggung kerugian. Kerajaan negeri melantik tiga TNC dengan gred gaji Jusa B. Jawatan Pendaftar Kanan turut diwujudkan dengan gred gaji Jusa B.

Berdasarkan bukti ini, saya cabar Abdul Khalid mengumumkan kedudukan kewangan Unisel. Saya beri tempoh seminggu untuk beliau berbuat demikian.

Rakyat perlu mengetahui bahawa kerajaan negeri hanya 'auta' sahaja dan mereka lebih kemaruk berpolitik untuk mengekalkan kuasa sedia ada tanpa memikirkan kebajikan dan pembangunan rakyat.


Datuk Seri Noh Omar, 
Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

Post a Comment