Himpunan Oren: Usaha Pembangkang Untuk Mendapat Publisiti Murah


Pada Perhimpunan BERSIH 3.0 yang lepas, pihak pembangkang hanya berjaya mendapatkan sekitar 25,000 peserta iaitu jauh tersasar dari jumlah sasaran seramai 500,000 orang.   

Mungkin kerana tidak puas hati, dan ingin ‘test power’ memandangkan Pilihanraya semakin hampir maka satu lagi percubaan untuk menggerakkan seramai mungkin penyokong mereka melalui demonstrasi, diadakan pada siang tadi.  Kali ini, dengan memakai nama Himpunan Oren pula yang bertujuan kononnya untuk ‘menyelamatkan Felda’.  

Menurut mereka, para peserta adalah terdiri dari anak-anak Felda tetapi kita mendapat tahu bahawa ada pekeliling yang dikeluarkan oleh PAS untuk mengerahkan ahli-ahli mereka turun beramai-ramai menyertainya.   

Perlu diingatkan bahawa tiada pula pekeliling yang sama dikeluarkan oleh DAP, bukan hanya kerana DAP tidak cukup bodoh untuk menyertai balaci mereka di dalam PAS untuk berbuat sesuatu yang sia-sia, tetapi juga kerana DAP tidak berminat dengan isu ini memandangkan Felda adalah isu orang Melayu.

Dari laporan laman-laman web pro-pembangkang, Himpunan Oren dikatakan mencapai sasaran iaitu disertai oleh 20,000 orang.  Namun, mengikut laporan rasmi akhbar-akhbar utama, ianya hanya berjaya mengumpul sekitar 2,000 – 3,000 orang. 

Baca seterusnya di sini
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment