Krisis air yang melanda Selangor sekarang
bukanlah kerana kekurangan sumber bekalan air mentah tetapi bahana sikap degil Kerajaan Negeri yang masih
enggan melaksanakan projek Loji Rawatan Langat 2. Kerajaan Negeri PKR pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
lebih rela menjadikan rakyat sebagai mangsa dan mengkambinghitamkan Syarikat
Bekalan Air Selangor (Syabas) demi survival politiknya.
Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor
(GPRS), Dato’ Shohaimi Shahadan berkata, Abdul Khalid terus bermain politik
dengan menyalahkan Syabas yang dikatakan gagal memberikan perkhidmatan terbaik
dalam membekalkan air kepada rakyat Selangor, sedangkan hakikat sebenar
kegagalan itu berpunca daripada kerajaan negeri sendiri.
“Rakyat harus faham bahawa Syabas hanya
operator agihan air yang membeli air2 yg telah di rawat untuk di bekalkan
kepada pengguna dan tugas memastikan infra dan prasarana asas air yg perlu du
bangunkan agar bekalan air di loji rawatan air mencukupi terletak di bawah
kerajaan negeri. Syabas sedang mengalami kekurangan air untuk dibekalkan kepada
rakyat tetapi Abdul Khalid dan barisan exconya masih berdolak-dalik memberikan
pelbagai alasan yang mengelirukan.
Apa yang berlaku di Taman Pangsapuri Putra Budiman di sini adalah
kerana keegoan dan keangkuhan Abdul Khalid kononnya bekalan air
masih mencukupi sedangkan penduduk di sini sudah hampir seminggu terseksa kerana bekalan air terpaksa
dicatu.jika masalah ini tidak di selesaikan dgn baik byk lagi kawasan2 baru yg
akan terbabit,” ujarnya selepas Program Kami Prihatin serta penyampaian
sumbangan tong air dan gotong royong mengangkut bekalan air untuk penduduk Taman Putera Budiman, Balakong sebentar tadi.
Tambahnya, masalah ini tidak akan menjadi isu
sekiranya kerajaan negeri mengenepikan soal politik dan mengutamakan rakyat
dalam tindakan. Mereka sering
melaung-laungkan ‘pakatan rakyat’ untuk rakyat tetapi mereka sebenarnya bukan
sahaja menipu diri sendiri, bahkan menipu rakyat.
Kasihan kerana rakyat di taman ini
mengharungi keadaan tidak selesa, mengangkut air yang disediakan Syabas
sehingga ke tingkat lima dalam keadaan berpuasa. Lebih menyusahkan, apartmen
ini pula tidak disediakan kemudahan lif.
“Bagaimana kerajaan negeri mengatakan krisis
air tidak berlaku sedangkan ada rakyat menderita kerana tidak mendapat bekalan
air? Jika kerajaan Selangor pandai menguruskan air, sudah tentu keadaan ini
tidak akan berlaku. Malangnya, kerajaan Selangor tidak mahu mengaku kelemahan diri
sendiri lantas menuding jari menyalahkan orang lain pula.
Kita tidak mahu rakyat terus menjadi mangsa
kesombongan dan kedegilan kerajaan negeri. Semua rakyat Selangor perlu bersatu
menuntut kerajaan negeri menyegerakan pembangunan Loji Rawatan Langat 2. Atau,
tolak kerajaan negeri sedia ada pada pilihan raya umum akan datang kerana jelas
mereka lebih gemar berpolitik sehingga mengabaikan kebajikan rakyat dan janji
yang tidak di tunaikan,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Selayang.
Dalam keadaan rakyat menderita tidak ada air
ini pun kerajaan negeri masih hendak berpolitik. Mereka bersaing dengan Syabas
menghantar bekalan air kepada penduduk menggunakan lori besar, sedangkan
masalah yang berlaku adalah kesilapan mereka sendiri.
“Mereka boleh meminta Syabas menambah lori-lori
bekalan air jika di fikirkan perlu bukannya mencari publisiti murahan
menghantar lori air dan war-warkan ke seluruh Malaysia kononnya merekalah yang
prihatin sekadar mengkaburi mata rakyat.
“Mereka cuba membasuh dosa itu dengan menagih
simpati daripada rakyat, kononnya ia bukti keprihatinan mereka. Amat jelas ini
perbuatan tidak bertanggungjawab memandangkan tugas memastikan bekalan air
terawat kepada rakyat merupakan tugas asas kerajaan negeri yang perlu di beri
keutamaan,” tambahnya lagi.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
0 Komen