Isu pengambilalihan hutang TALAM dilihat cuba diketepikan oleh
pihak Kerajaan Negeri pimpinan Khalid Ibrahim.
Koordinator BN Selangor, Dato' Sri Ir Mohd Zin Mohamed berkata,
Khalid Ibrahim masih lagi berdolak dalih mengenai isu ini dan sejak
kenyataannya yang terakhir, tiada pihak yang tampil memberikan jawapan yang
benar-benar meyakinkan semua pihak.
"Sekarang ini pula, beberapa NGO telah mengemukakan persoalan
kepada pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengenai proses
pengambilalihan hutang TALAM yang bernilai RM392 juta itu.
Jumlah ini begitu tinggi untuk ditanggung oleh PKNS dan Pengurus
Besar PKNS, En Othman Omar wajar memberikan penjelasan kepada seluruh rakyat
Selangor," ujarnya kepada pemberita di Ibu Pejabat BN Selangor, di sini
hari ini.
Tambahnya, En Othman Omar perlu memberikan penjelasan sebab utama
mengapa PKNS sanggup mengambilalih hutang TALAM? Padahal, semua pihak tahu PKNS
diwujudkan pada asalnya bagi membantu golongan tidak mampu untuk memiliki rumah
dan hartanah.
Adakah agenda asal PKNS ini telah dipadam oleh pihak Kerajaan
Negeri? Bukankan Kerajaan Negeri pernah berjanji akan menyediakan rumah mampu
milik kepada Rakyat Selangor? Banyak manakah rumah yang telah disediakan?
Kenapa pula sekarang PKNS menjadi satu badan yang berperanan
mengambil alih hutang Syarikat Korporat dan mengabaikan kebajikan rakyat
Selangot yang masih lagi belum mampu?
"Saya juga ingin menuntut penjelasan dari pihak En Othman
Omar mengenai peranan terbaru PKNS ini?
Jika ini merupakan satu peranan baru PKNS, saya berpendapat juga
adalah wajar untuk PKNS mengambil alih hutang-hutang individu kurang mampu yang
masih berhutang dengan PKNS. Ini merupakan langkah yang lebih adil memandangkan
PKNS sanggup mengambil alih hutang bernilai jutaan ringgit.
Saya memohon agar rakyat Selangor dapat menilai dengan objektif
sikap Kerajaan Negeri yang tidak mengamalkan prinsip accountability yang
dilaungkan oleh mereka sendiri. Kenapa bersikap 'double standard' terhadap
hutang kepada PKNS? Akhirnya, siapa sebenarnya yang memutuskan untuk mengambil
alih hutang TALAM ini?," tambahnya lagi.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
0 Komen