Konflik isu air antara Kerajaan Negeri Selangor dengan syarikat pengendali konsesi air, Syabas tidak akan memberikan keuntungan kepada mana-mana pihak, tetapi hanya akan memberi kesan kepada rakyat.
Pengerusi
Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Shohaimi Shahadan berkata,
Kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu mempolitikkan
perkara ini kerana masalah berlaku adalah kesilapan dan kelemahannya tetapi
bijak mengalih pandangan rakyat kononnya Syabas yang bersalah, bukan kerajaan
negeri.
"Inilah
permainan kotor kerajaan negeri. Isu sebenar ialah kekurangan bekalan air
terawat akibat permintaan yang meningkat, bukan kerana kekeringan air sungai,
air lombong atau air empangan. Memang tidak logik jika berlaku krisis air kalau
empangan banyak air atau pada musim hujan sekarang ini.
Rakyat
perlu faham bahawa pengeluaran air di loji rawatan yang ada tidak cukup untuk
menampung penggunaan yang semakin meningkat kerana loji sedia ada hanya mampu
merawat air dalam kapasiti tertentu walaupun beroperasi pada tahap maksimum, 24
jam sehari tanpa henti. Kerana itu ada kawasan yang terpaksa menerima catuan
kerana bekalan air bersih dari loji rawatan tidak mencukupi," ujarnya
kepada pemberita dalam satu sidang media di Pejabat GPRS sebentar tadi.
Untuk
menyelesaikan masalah ini, sebuah loji baru perlu dibina untuk meningkatkan
pengeluaran air terawat. Ini bukan satu gurauan, jika air empangan sedia ada
disalurkan kepada pengguna seperti mana saranan MB, tidak sampai 7 hari air
empangan itu akan kering kontang.
"Kita
kesal kerana mempunyai Menteri Besar dan barisan exco yang dangkal pemikiran,
yang cetek ilmunya tetapi mahu menjuarai isu air semata-mata survival politik
dan mahu terus menipu rakyat. Kerajaan negeri gagal dalam menjalankan
tanggungjawab tetapi mahu menjadikan Syabas sebagai kambing hitam.
Menteri
Besar tidak perlu bersandiwara. Loji adalah di bawah tanggungjawab kerajaan
negeri malah ada syarikat loji rawatan milik kerajaan negeri. Untuk pastikan
bekalan cukup juga adalah tanggungjawab kerajaan negeri. Syabas hanya
mengagihkan air yang dirawat oleh loji rawatan. Siapa yang perlu dipersalahkan
jika air tidak cukup: kerajaan negeri atau Syabas? Ini hanya taktik lapok
mereka supaya rakyat terus menyalahkan Syabas," ujarnya yang juga Ketua
Pemuda UMNO Selayang.
Meminjam
analogi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang
menggunakan padi dan beras sebagai contoh: rakyat mahukan beras, bukannya padi.
Air empangan ibarat padi manakala air terawat ibarat beras. Kecuali Menteri
Besar dan barisan exco mahu makan padi, mereka boleh guna air dari lombong atau
air empangan sedia ada. Bagaimana mana mahu mendapatkan beras jika kilang
memproses padi tidak mencukupi? Itulah senario yang perlu difahami sekarang.
"Kita
hairan kenapa Exco Ronnie Liu hanya menunjukkan air empangan yang penuh, kenapa
tidak minum sahaja air empangan itu? Ini kerana mereka hanya berpolitik dan
bersandiwara untuk menipu rakyat kerana mereka juga tahu air tersebut perlu
dirawat terlebih dahulu sebelum diminum. Air mentah yang belum dirawat mempunya
risiko bakteria dan sebagainya.
Tambah
pelik apabila Menteri Besar mahu mengambil alih pengurusan Syabas dan
mengumumkan pelantikan kumpulan professional yang tiada pengalaman untuk
meneliti operasi harian Syabas sedangkan hakikatnya mereka mempunyai 30 peratus
saham dalam syarikat itu dan Syabas sendiri diaudit oleh Audit Negara. Jadi apa
relevan tindakan Menteri Besar ini?," tambahnya.
Kerajaan
negeri turut menuduh Datuk Seri Noh Omar mempunyai kepentingan dalam syarikat
yang akan membina Loji Langat 2. Tuduhan ini sangat lucu kerana tender masih
belum dibuka, bagaimana kerajaan negeri tahu Datuk Seri Noh ada kepentingan
dalam syarikat yang membina loji. Buktikan tuduhan itu, jangan bersandiwara
untuk menipu rakyat.
Kalau
Menteri Besar telus, kita cabar beliau buka tender membina Loji Langat 2.
Jangan bersandiwara lagi. Kita yakin jika Loji Langat 2 siap dibina kelak,
harga air tidak akan naik malah akan menjadi lebih murah kerana bekalan sudah
banyak dan lebih daripada mencukupi.
Belum
buat loji macam mana Menteri Besar tahu harga air akan naik? Buat dahulu baru
tahu. Kerajaan negeri hanya sedia tanah kerana kos pembinaan loji akan
dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat. Malah selepas siap, loji tersebut akan menjadi
milik kerajaan negeri seperti mana loji-loji yang lain.
"Kita
nasihatkan Menteri Besar dan barisan exco, cukup-cukuplah menipu rakyat. Kalau
tidak mampu menjalankan tanggungjawab, Menteri Besar dan exco boleh letak
jawatan. Jangan nak berlagak pandai tapi tidak ubah seperti 'ayam berkokok ekor
bergelumang tahi'.
Kita
cabar Menteri Besar dan Exco agar tidak lagi menggunakan air terawat,
sebaliknya menggunakan air mentah yang disalurkan terus dari lombong atau
Sungai Klang. Barulah cakap serupa bikin! Justeru rakyat jangan terus tertipu
dengan permainan sandiwara pemimpin kerajaan pakatan pembangkang ini,"
ujarnya lagi.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
4:44 PM
salam
inilah puak2 celaka terutamanya syabas dia yang tak mampu nak optimunkan bekalan air rawat daripada empangan yg sedia ada, tapi nak main isu catuan air untuk memburukkan kerajaan negeri selangor.
BAIK KAU MAMPOS AJE PENGERUSI SYABAS HIDUP MENYUSAHKAN RAKYAT AJE. MAMPOS2