Memorandum Bantahan GPRS

MEMORANDUM BANTAHAN

Daripada,
Rakyat Selangor Prihatin

Kepada,
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Pelbagai isu yang yang dihadapi oleh kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyebabkan rakyat Selangor menjadi rimas dan semakin hilang kepercayaan. Selepas empat tahun mentadbir, kerajaan pakatan pembangkang ini bukan sahaja gagal melaksanakan janji-janji dalam manifesto pilihan raya, malah terlalu lemah daripada aspek pentadbiran sehingga menjuruskan negeri ini ke arah kemunduran. Malah tidak mustahil negeri yang disayangi ini akan hancur sekiranya tidak diselamatkan.
Inilah 'kehebatan' yang dimiliki oleh pemimpin pakatan pembangkang ini yang hanya mampu merosakkan Selangor dalam tempoh 4 tahun selepas dibina dan dimajukan oleh Barisan Nasional (BN) selama lebih 54 tahun! Semakin hari semakin terdedah tembelang kerajaan pakatan pembangkang ini sehingga menyebabkan rakyat semakin sesak nafas dan tidak tahan lagi.
Rakyat perlu bertindak menyuarakan bantahan dan rasa tidak puas hati. Demonstrasi demi demonstrasi diadakan sebagai bukti penolakan terhadap kepimpinan Abdul Khalid yang tidak lebih sebagai 'saudagar janji' sahaja dan lebih mengutamakan kroni.
Pada hari ini, kami, rakyat Selangor yang prihatin ingin menyampaikan bantahan dan rasa kesal kami terhadap tindakan kerajaan negeri yang:
Mempolitikkan Universiti Selangor di Berjuntai Bestari
Memejamkan mata terhadap penyelewengan Yayasan Selangor
Isu pembangunan projek komersial di padang kompleks sukan PKNS, Kelana Jaya

Mempolitikkan Unisel
Inilah dosa paling besar Abdul Khalid apabila mempolitikkan Unisel sehingga menyebabkan universiti yang ditubuhkan pada 1999 untuk melahirkan modal insan di kalangan generasi muda di negeri ini bakal menjadi gajah putih. Pelantikan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin, Ahli Parlimen Merbok dari PKR, Datuk Rashid Din dan Ahli Parlimen Hulu Langat dari Pas, Che Rosli Che Mat adalah bukti penguasaan orang politik dalam Lembaga Pengarah Unisel. Selain itu, salah seorang Timbalan Naib Canselor juga merupakan aktiviti politik yang aktif dan pernah dilantik sebagai Jawatankuasa Pas Selangor. Tekanan politik juga menyebabkan bekas Naib Canselor, Datuk Dr Rosti Saruwono dan dua ahli Lembaga Pengarah, Datuk Adnan Alias dan Datuk Dr Mohammed Ariffin Aton meletak jawatan. Penglibatan ahli politik dalam pengurusan Unisel tidak akan membawa apa-apa manfaat terhadap usaha membangunkan universiti itu sebagai pusat pengajian tinggi utama di Selangor. Sebaliknya, akan mencetuskan pertikaian dari aspek profesionalisme terutama dalam menentukan keputusan yang sudah tentu ada campur tangan politik kepartian. Ini juga bukan satu perkembangan yang sihat kepada pelajar sehingga ada di dakalangan mereka yang bertindak menen

Penyelewengan Yayasan Selangor
Laporan Audit setakat November 2012 menunjukkan bahawa institusi itu rugi sebanyak RM7.41 juta. Laporan juga menunjukkan terdapat 12 kes penyalahgunaan kuasa, pembaziran dan perlanggaran tatacara kewangan dan etika urus tadbir dilakukan Pengurus Besar yayasan Selangor, Ilham Marzuki. Malah Ilham juga turut mengaku di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang dipengerusikan Datuk Teng Chang Khim, namun sehingga kini tiada apa-apa tindakan diambil oleh Abdul Khalid terdapat individu yang bersalah itu. Ini adalah kerana Ilham Marzuki adalah kroni beliau yang dilantik tanpa melalui sesi temuduga untuk menjahanamkan Yayasan Selangor. Ilham sendiri mengakui melakukan kesilapan kerana meluluskan peruntukan RM1.4 juta untuk kegiatan tidak berfaedah serta tiada kaitan dengan fungsi yayasan itu sebagai institusi yang member tumpuan kepada pembangunan pendidikan. Sekiranya Abdul Khalid terus pejam mata, tidak mustahil Yayasan Selangor akan bankrupt dikerjakan kroni-kroninya. Selcat juga nampaknya tidak mahu menerima bahawa terdapat kelemahan dalam pentadbiran Yayasan Selangor, cuba menjadikan kerajaan negeri terdahulu sebagai 'kambing hitam'. Justeru kami ingin bertanya, apakah tujuan sebenar Selcat ditubuhkan selain untuk mengaburi mata rakyat terhadap penyelewengan dan kelemahan yang dilakukan kerajaan negeri? Selcat sepatutnya menyiasat dan mengambil tindakan terhadap individu berkaitan, bukan menuding jari kepada pihak lain. Selcat juga tidak ubah seperti 'mahkamah kanggaru' yang cuba menutup kelemahan kerajaan Selangor.

Rampas padang untuk projek komersial
Agak menghairankan apabila sebuah padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Seksyen 7 Kelana Jaya yang digazet sebagai kawasan lapang dan rekreasi pada 2011 telah bertukar menjadi tapak rancangan pembinaan perumahan bertingkat dan pusat komersial. Padang bersejarah yang pernah menjadi gelanggang perlawanan kriket Sukan Komanwel 1998 dan medan melahirkan jaguh bola sepak Negara, Allahyarham Mokhtar Dahari akan menjadi tapak pembangunan untuk 7 blok pangsapuri 35 tingkat dan sebuah kompleks perniagaan 15 tingkat. Ia yang terletak bersebelahan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan berdekatan dengan sistem pengangkutan awam memiliki dua buah padang bola sepak, enam gelanggang tenis dan rumah kelab yang digunakan penduduk untuk mengadakan keramaian. Lebih mengelirukan apabila terdapat percanggahan dalam dokumen Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) yang dicetak Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) negeri dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) berhubung status tapak tersebut. Pada Jun tahun lalu, lokasi ini diwartakan sebagai kawasan hijau yang bermaksud ia harus dikekalkan sebagai kawasan lapang bagi tujuan rekreasi seperti dalam dokumen RTPJ2. Tetapi dalam satu dokumen lain, lokasi sama telah bertukar menjadi warna biru yang membenarkan ia dibangunkan atas alasan komersial. Permasalahan ini turut dibawa ke hadapan Selcat namun gagal mencari punca sebenar walaupun nama Abdul Khalid dikaitkan dalam 'memberi arahan' pertukaran status itu.

Tuntutan kami
Abdul Khalid mesti:
Membersihkan Unisel dengan:
Memecat individu politik dalam lembaga Pengarah Unisel bagi memastikan tiada campurtangan politik di university itu.
Melantik individu yang benar-benar layak sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor bagi memastikan university tersebut terus berdaya saing dalam melahirkan graduan yang berkualiti tinggi.
Mendedahkan laporan kewangan Unisel kerana difahamkan kewangan university itu sedang nazak dan mengalami kerugian serta menyatakan asset mana yang hendak dicairkan bagi menampung kos operasi Unisel.
Menyatakan unjuran kemasukan dan jumlah pelajar dari tahun 2008 hingga 2012 kerana difahamkan jumlah pelajar semakin merosot.
Bertanggungjawab terhadap kerugian Yayasan Selangor dengan:
Mengambil tindakan dengan memecat Ilham Marzuki yang mengaku melakukan kesilapan kerana meluluskan peruntukan RM1.4 juta untuk kegiatan tidak berfaedah serta tiada kaitan dengan fungsi yayasan itu sebagai institusi yang member tumpuan kepada pembangunan pendidikan.

Mengembalikan Padang PKNS kepada rakyat dengan:
Membatalkan RPTJ2 kerana pindaan yang dilakukan tidak mengikut peraturan ditetapkan.
Kekalkan Padang PKNS sebagai pusat rekreasi, bukan pusat pembangunan komersial.
Pengurus Besar PKNS, Othman Omar perlu tampil menjelaskan kepada rakyat mengapa PKNS lebih mengutamakan komersial daripada kepeluan rakyat.
Abdul Khalid mesti mengaku dengan jujur bahawa beliau bukan individu yang mengarahkan agar padang itu ditukar status.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment