Sumber-sumber dalaman mengesahkan bahawa PKR
berada dalam keadaan yang agak ‘kecut’ untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali
ini.
PKR pada ketika ini mempunyai 31 kerusi dan
mensasarkan tambahan 9 kerusi melalui PRU ini, menjadikan semuanya 40
kerusi. Walaubagaimanapun, analisis yang
dibentangkan dalam Temurapat Pilihanraya parti tersebut memaksa PKR menerima
realiti keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan kehilangan 16 dari 31 kerusi
sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi baru menjadikan jumlah kemenangan
hanya 17 kerusi sahaja.
Kerusi-kerusi sedia ada yang dijangka jatuh
ke tangan BN ialah Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai, Wangsa
Maju, Ampang, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok
Kemang, Kuala Langat, Sg. Siput dan Hulu Selangor.
Kerusi baru yang dijangka dapat ditawan ialah
Bukit Katil dan Pandan.
Sebenarnya, ketidakyakinan PKR untuk
menghadapi PRU adalah berasas. Ini
berdasarkan hasil kajiselidik yang diadakan oleh beberapa pihak antaranya,
Majlis Professor, universiti-universiti tempatan serta Merdeka Center yang
menunjukkan bahawa populariti parti pembangkang semakin merosot akhir-akhir
ini.
Malah, dalam semua kajian menunjukkan yang
undi masyarakat Cina yang sebelum ini dikatakan amat kritikal bagi BN, juga
semakin positif di pihak BN. Merdeka
Center, contohnya, mendapati bahawa kaum Cina merasa gembira apabila Perdana
Menteri mengiktiraf sijil Koleh TAR dan menghapuskan Akta Hasutan.
Dengan itu, PKR hanya mampu mensasarkan
maksima 70% undi Cina bagi PRU kali ini walaupun sebelum ini begitu gah
mengumumkan mendapat sokongan lebih 90% dari kaum itu. PKR juga menyedari yang undi Melayu kini
berbalik kepada BN dengan pantas sekali.
Oleh yang demikian, antara strategi yang
digariskan untuk menghadapi pilihanraya kali ini ialah agar Ketua Umum membuat
kenyataan berani dan besar mengenai pembelaan kaum Melayu termasuk menjuarai
beberapa kes kontroversi yang melibatkan nasib orang Melayu.
Nampaknya, PKR sekali lagi akan membuat ‘U
Turn’ dengan kembali mengangkat perjuangan Melayu. Sebelum ini, PKR seperti juga PAS, telah
‘mempersetankan’ sahaja perjuangan demi bangsa Melayu. Siapa yang boleh lupa bagaimana beberapa
pemimpin mereka mengungkap kata-kata ‘malu menjadi Melayu’. Malah, Anwar sendiri menghina ketuanan
Melayu. Kononnya, bangsa tidak membawa
apa-apa makna dan perlu dilupakan jika kita ingin hidup dalam suasana harmoni
dan bersatu padu.
Sedangkan, kaum Cina dan India diberi ruang
sebesar-besarnya untuk membela bangsa dan mempertahankan budaya dan bahasa bagi
menyatakan kewujudan mereka yang kukuh di negara ini.
Kita pasti tidak semua kaum Melayu itu mudah
lupa dan akan melupakan sahaja kata-kata dan layanan PKR terhadap mereka.
Oleh itu, jika PKR serius ingin mengangkat
strategi ‘membela Melayu’ ini sebagai peluru untuk menyerang BN dalam
pilihanraya, maka rasanya PKR terpaksa menambahkan lagi bilangan jangkaan
kerusi yang mereka akan kalah.
Walaubagaimanapun, kita percaya, PKR cukup
sedar akan kesilapan mereka dalam menangani soal ‘Melayu’ sebelum ini. Oleh yang demikian, mereka tidak meletakkan
kaum Melayu sebagai satu faktor khas dalam Sasaran Pengundi. Secara keseluruhannya, pembentangan di dalam
Temurapat Pilihanraya PKR tersebut meletakkan
hanya tiga golongan sebagai sasaran pengundi iaitu:
1.
‘working class’ yang mengundi mengikut isu dan berumur antara 26 – 45
tahun,
2.
‘golongan muda’ yang mengundi mengikut sentimen ahli politik muda dan
berumur antara 22 – 25 tahun serta
3.
‘pengundi India’ yang menjadi kumpulan penentu dan cenderung untuk
beralih undi secara besar-besaran.
Mungkinkah Lajim menjadi 'senjata' PKR Di Sabah? |
Secara dasarnya, nampak jelas bahawa PKR
sendiri masih mencari-cari kekuatan diri untuk menghadapi PRU kali ini.
Masalah yang dihadapi PKR ialah sama seperti
semua parti-parti sekutu dalam Pakatan Rakyat, iaitu walaupun mereka berada
dalam satu pakatan tetapi mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka
sebenarnya adalah bersendirian. Dengna
itu, mereka bukan sahaja beradu kekuatan dengan BN tetapi secara tidak langsung
mereka juga terpaksa membuktikan kekuatan sesama sendiri bagi memastikan parti
dan pemimpin mereka tetap ‘diberi muka’ sekiranya PR menang dalam PRU ini.
Lebih malang lagi bagi PKR ialah apabila
terdapat beberapa pihak di dalam kepimpinan atasan parti itu sendiri yang juga
beradu kekuatan sesama mereka. Kewujudan
beberapa ‘kem’ dan peningkatan rasa curiga serta ‘dingin’ di antara
pemimpin-pemimpin PKR ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada
ketidakyakinan mereka untuk menang dalam Pilihanraya. - BB
0 Komen