Tidak cukup dengan mengerahkan
penganut-penganutnya untuk membuat kerja sia-sia menyertai Himpunan Oren, tetapi
PAS juga melakukannya dengan menipu peneroka hidup-hidup.
Mana tidaknya, dalam berarak, berdemo dan
berniaga menjual baju oren, hijau dan sebagainya konon memohon agar saham FGV
digantung, tetapi puak-puak PAS sendiri kelam kabut menyambar saham FGV.
Ini terbukti apabila kerajaan negeri Kedah
pimpinan PAS telah mengesahkan pemilikan 500,000 saham FGVH yang diperuntukan
oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang ditawarkan
kepada Bumiputera. Ini disahkan sendiri
oleh Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Datu Abdul Rahman
Ibrahim.
PKNK pada awalnya memohon 1 juta unit tetapi
MITI hanya meluluskan separuh sahaja.
PKNK telah melanggan saham tersebut dengan harga RM4.55 seunit dan
melabur sejumlah RM 2,275,000. Malah,
PKNK juga telah mendapat keuntungan kasar sebanyak RM47,500 apabila menjual
50,000 unit pada harga RM5.50 seunit.
Kita terima alasan PKNK bahawa pemilikan saham
tersebut tidak ada kena mengena dengan politik kerana PKNK pastinya melihat
kepada keuntungan. Dalam ertikata lain,
penyenaraian itu membawa kebaikan iaitu keuntungan kepada banyak pihak.
Tetapi, kita merasa hairan dengan pendirian
PKNK ini kerana PKNK adalah sebuah organisasi di bawah pengurusan kerajaan PAS
dan pastinya wajib bertindak selaras dengan aspirasi dan perjuangan PAS.
Dengan mengambil pendirian berbeza, kita
tertanya-tanya, apakah ini menunjukkan kerajaan PAS Kedah tidak bersetuju
dengan PAS Pusat sekali lagi? Selama
ini, kepimpinan Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah sering dikritik sebagai
‘berlainan arah’ dengan PAS Pusat sehingga terpaksa diwujudkan Jawatankuasa
Pemandu untuk ‘memandu’ Ustaz Azizan.
Kali ini, susah-susah PAS mengerahkan ahli agar
menyertai Himpunan Oren tetapi Ustaz Azizan pula membiarkan PKNK bertindak
sebaliknya dengan membeli saham yang ditentang oleh Himpunan Oren.
Apakah ini masalah pendirian yang berbeza antara
PAS Pusat dengan PAS Kedah ataupun apakah ini bukti bahawa PAS secara
keseluruhannya menerima baik penyenaraian FGVH dan Himpunan Oren hanyalah
gimmick politik murahan? Mungkinkah ada
dari kalangan para pemimpin PAS yang sengaja ingin menipu peneroka agar
melepaskan pemilikan saham mereka sementara pemimpin PAS sendiri berebut-rebut
membelinya?
Kita percaya, PAS sedia maklum bahawa
penyenaraian itu adalah satu keputusan yang tepat dan PAS juga tahu bahawa
Himpunan Oren tidak akan membawa apa-apa perubahan iaitu penyenaraian tidak
boleh ditarik balik dan saham tidak boleh digantung. Oleh itu, tindakan PKNK membeli saham FGVH
adalah tindakan yang pastinya direstui oleh PAS Pusat walaupun tidak secara
nyata.
Nampaknya, para peserta Himpunan Oren telah benar-benar
terpedaya oleh permainan politik PAS.
Nasib baik himpunan tersebut tidak bertukar ganas sepertimana BERSIH 3.0
jika tidak mereka mungkin tercedera atau kehilangan nyawa kerana sesuatu yang
sia-sia.
Begitupun, PAS hanya berjaya menipu segelintir
peneroka dan penganutnya sahaja iaitu dalam jumlah tidak sampai 5,000 orang pun
berbanding sasaran 20,000 orang untuk menyertai himpunan tersebut.
Mungkin ramai dari penganut PAS sendiri sudah
dapat membaca kelicikan pemimpin-pemimpin mereka dan tidak sanggup lagi
membodohkan diri berpanas dan mungkin berhujan, berarak membawa memorandum yang
tidak memberi manfaat kepada sesiapa.
Kerana itu, penganut-penganut PAS hanya menyambut dingin arahan kerahan
rasmi bertulis untuk menyertai himpunan tersebut.
Entah bila parti PAS ini akan berhenti menipu
rakyat dan mula bekerja. Pilihanraya
semakin hampir, tetapi PAS masih tidak serik menggunakan strategi politik jahat
lagi murahan yang akhirnya memakan diri sendiri. - BB
0 Komen