Pemuda Selangor Sifatkan Faekah Manusia Kebal Di Selangor


Pergerakan Pemuda UMNO negeri Selangor, berpendapat bahawa Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin mempunyai kuasa yang cukup besar kerana walaupun didesak untuk meletakkan jawatan oleh EXCO Kerajaan negeri Selangor sendiri, namun sehingga hari ini beliau masih kekal `berkuasa’ sebagai Setiausaha Politik kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, perkara ini perlu diketahui rakyat bahawa kerajaan negeri mempunyai kuasa memecat atau sebagainya tetapi rakyat perlu tahu apa yang mereka (pakatan pembangkang) buat.

“Kalau letterhead kerajaan negeri pun boleh sewenang-wenangnya ditandatangani oleh Setiausaha Politik, yang mana dia tahu bahawa syarikat itu adalah milik anak saudaranya, saya rasa kalau orang yang bermaruah beliau akan meletakkan jawatan.

Dia akan meletakkan jawatan secara sukarela. Kalau dia orang yang tidak rasa apa-apa, kalau dia rasa semua perkara yang dia buat benar, dia tidak akan meletakkan jawatan,” ujarnya mengulas laporan polis yang dibuat oleh Pemuda UMNO Selangor baru-baru ini berhubung salah laku yang dibuat Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Hussin.

Tambahnya, sebagai ahli politik yang bermaruah, kebiasaannya mereka akan meletakkan jawatan.

“Saya lihat ini satu fenomena baru dalam pakatan rakyat yang mana kita boleh menandatangani surat sokongan kepada keluarga kita yang terdekat. Ini sebenarnya salah guna kuasa. Kita boleh menandatangani surat sokongan tetapi kepada syarikat yang tidak ada kepentingan kepada kita,” ujarnya yang juga Pengerusi Pemuda BN Negeri Selangor.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment