Rumah Urut : SAM1M Desak Ronnie Liu, Kepimpinan Selangor Letak Jawatan


Tindakan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu menyalahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhadap isu rumah urut dan pusat hiburan di Selangor dilihat sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M), Armand Adha Abu Hanafiah berkata, Ronnie Liu adalah Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab terhadap PBT ini, maka yang gagal dalam hal ini adalah beliau sendiri.

“Kalau beliau tidak menjalankan tanggungjawab membanteras kewujudan rumah-rumah urut dan pusat-pusat hiburan ini, saya desak beliau meletakkan jawatan sebagai Exco kerajaan negeri kerana orang seperti ini hanya melarikan diri dari tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat.

“Hari ini kita lihat isu rumah urut dan sebagainya, dia salahkan Pihak Berkuasa Tempatan. Habis tu, kerajaan negeri buat apa? Bukankah sepatutnya kerajaan negeri yang menjaga dan mengarahkan PBT. Maknanya kepimpinan tertinggi kerajaan pakatan di Selangor dari Menteri Besar hinggalah kepada Exco Kerajaan Negeri lepas tangan dan tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ronnie Liu yang menolak alasan kewujudan rumah urut dan pusat hiburan sebagai penyumbang kepada masalah sosial di Selangor sebaliknya, masalah sosial yang membabitkan aktiviti berkenaan adalah isu penguatkuasaan yang memerlukan operasi bersepadu yang harus dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Sehubungan dengan itu, Armand menasihatkan kerajaan pakatan Selangor ini jika tidak mampu mentadbir urus dan bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan rakyat, maka MB dan kepimpinan kerajaan negeri harus meletak jawatan, seterusnya membubarkan DUN agar BN boleh menunjukkan cara yang betul untuk mentadbir kerajaan Selangor ini.

“Kepada Ronnie Liu, saya desak agar Ronnie ambil tindakan dan tutup semua pusat-pusat hiburan dan rumah-rumah urut kerana anda bertanggungjawab.

“Saya mewakili Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) berpandangan bahawa isu ini harus dipertanggungjawabkan kepada kepimpinan tertinggi kerajaan pakatan Selangor khususnya Tan Sri Khalid,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara (PJU).



Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    1:18 PM

    Hooi Ronney Lu...pls step down..u are failure already...manyak lumah ulut di Selangor...loor

Post a Comment