Serang Cabar Kerajaan Selangor Umum Unjuran Pelajar Unisel


Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang) menuntut kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan unjuran pelajar dan pendapatan Universiti Selangor (Unisel) bagi membuktikan kewangan universiti itu tidak 'nazak'.

Pengerusinya, Budiman Mohd Zohdi berkata, tindakan tersebut penting bagi mengekalkan reputasi, kredibiliti dan tahap kebolehpercayaan masyarakat terhadap Unisel.

“Ini bagi membuktikan apalah sesebuah universiti dikendalikan dengan penuh rasa berhemah dan penuh rasa tanggungjawab. Kita amat berdukacita kerana dahulu di zaman kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, Unisel ditadbir dengan begitu baik.

"Ini soal pendidikan anak negeri dan kredibiliti Unisel sebagai universiti berprestij yang menjadi kebanggaan rakyat Selangor. Rakyat sudah tentu tertanya-tanya bagaimana universiti ini mahu beroperasi jika kewangannya tenat," katanya.

Beliau berkata, dalam usaha mengekalkan Selangor sebagai sebuah negeri maju, apakah Kerajaan Negeri mempunyai sasaran dalam menghasilkan tenaga kerja mahir melalui Unisel.

"Contohnya, apakah Kerajaan Negeri menetapkan jumlah tertentu dalam melahirkan jurutera atau masih mengharap kepada tenaga mahir yang dilahirkan oleh universiti tempatan yang lain.

Sekarang ini apabila terdapat aduan dari ibu bapa dan penjaga, persoalan ini harus ditangani segera Menteri Besar Selangor. Kita menuntut Tan Sri Khalid memberikan unjuran yang terperinci supaya mereka boleh katakan bahawa Unisel ini dikatakan dalam keadaan yang selamat kerana ibu bapa di luar menuntut dengan penuh tanggungjawab kerana ia jaminan untuk anak-anak mereka belajar di Unisel ," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar.

Dalam masa yang sama, beliau juga yakin pemberian pendidikan percuma yang diuar-uarkan mereka dalam setiap siri ceramah tidak akan mampu dilakukan kerana Kerajaan Negeri hanya memberi janji palsu.

“Bagaimana hendak memberikan pendidikan percuma, Unisel yang masih menerima bayaran sekalipun tidak mampu untuk ditadbir dengan baik, cita-cita memberikan pendidikan percuma hanya cakap kosong,” tambahnya lagi.



Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment