April lalu
seluruh negara digemparkan dengan penyiaran foto aksi panas oleh beberapa blog
yang menunjukkan lelaki dalam foto-foto tersebut agak mirip rupanya dengan
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Tak semena-mena
sehari dua selepas penyiaran foto aksi panas tersebut, Azmin segera tampil
menafikan yang lelaki dalam foto tersebut adalah dirinya.
Mujurlah dalam
kenyataan penafiannya itu, tidak pula beliau beralasan punggung lebih kecil
atau 'pedangnya' lebih tajam berbanding 'lelaki' di dalam foto itu bagi
menguatkan hujah penafian.
Jikalau tidak,
tentu sahaja ramai yang akan senyum sumbing menahan gelak sambil membandingkan
panjang pendek antara 'pedang' Azmin Ali dan Anwar Ibrahim.
Sebetulnya ramai
pihak tertanya-tanya kenapa sehingga kini Azmin tidak membuat laporan polis
bagi membolehkan satu siasatan dijalankan untuk mengetahui kebenaran foto
tersebut.
Bukannya sesuatu
yang sukar untuk melakukannya, cukup sekadar meluangkan sedikit waktu untuk ke
Balai Polis berdekatan dan mengadu pada polis yang dirinya telah sengaja
dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral.
Lagipun jika
sudah begitu yakin langsung tak terlibat dengan aktiviti 'jual beli aiskrim' di
dalam tandas, apa nak ditakutkan sangat dengan risiko dituduh membuat laporan
polis palsu.
Dalam pada itu,
terdapat beberapa maklumat dari sumber-sumber tertentu menyebut wanita 'peminat
aiskrim' yang dikaitkan dengan Azmin Ali kini sudah lari dari Malaysia,
betulkah?
Wanita tersebut
dikatakan sengaja dihantar ke luar negara oleh seseorang demi mengelakkan
kebarangkalian disiasat oleh pihak berkuasa disamping untuk melindungi lelaki
yang dikaitkan dengan dirinya.
Setakat ini tiada
kesahihan yang pasti berhubung maklumat tersebut, harapnya ia hanya sekadar
khabar angin semata-mata. Maklumlah, entah-entah wanita itu cuma keluar
melancong seketika bercuti merehatkan minda, mungkin juga.
Apapun,
diharapkan Azmin Ali dapat mengumpul kekuatan dalam dirinya untuk segera
membuat laporan polis supaya kebenaran dapat diketemui dan lelaki 'penjual
aiskrim' itu dapat segera dikenalpasti.
Sent by
Maxis from my BlackBerry® smartphone
0 Komen