3 Tema Kemerdekaan Pakatan Bukti Mereka Tidak Sehaluan

Hamidzun Khairuddin, Pengerusi GAPS

Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini menafikan wujud ketidak sefahaman dalam pakatan pembangkang sehinggakan wujud tiga tema kemerdekaan yang berbeza di negeri yang diperintah kerajaan pakatan, bagi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) merupakan satu perkara yang sangat melucukan.

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, kita nak tanya pakatan pembangkang, jika perkara kecil, soal tema hari kemerdekaan pun mereka tak boleh nak selesaikan, bagaimana mereka nak menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berbilang agama dan berbilang budaya ini.

“Apakah sumbangan mereka yang sebenar, sumbangan DAP dalam kemerdekaan, tidakkah ketika itu Lim Kit Siang merupakan salah seorang yang tidak bersetuju dengan banyak dasar dalam kemerdekaan dan mereka juga bercadang untuk asas-asas kemerdekaan itu mereka tentang sejak dari dahulu.

Sekarang apabila mereka memerintah kerajaan negeri, mereka tidak boleh menyatakan kesamaan dalam soal tema, apakah kalau mereka dapat mentadbir Malaysia, apakah janji mereka untuk memastikan penyatuan kaum dapat mereka selesaikan.

Saya lihat apa yang mereka lakukan adalah satu percubaan untuk membawa semangat anti-Malaysia sebenarnya, anti-kemerdekaan yang sebenarnya apabila mereka menampilkan tiga tema kemerdekaan yang berbeza bagi negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang,” ujarnya mengulas tema kemerdekaan berbeza yang ditampilkan oleh kerajaan negeri yang diperintah kerajaan pakatan sehingga memaksa campur tangan Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tambahnya, semangat kemerdekaan itu mereka cuba perlekehkan dan inikah pemimpin-pemimpin yang mahu membawa Malaysia lebih maju di masa hadapan.

Sebelum ini, tiga negeri Pakatan Rakyat memutuskan untuk menggunakan tema sendiri, iaitu Kelantan dengan temanya 'Menerajui Perubahan', Kedah pula 'Terus Berbakti' dan Pulau Pinang ‘Budaya Bersih, Merdekakan Rakyat’ sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos manakala Selangor bersetuju untuk turut menggunakan tema perayaan Hari Merdeka Pakatan Rakyat 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' sebagaimana diputuskan oleh Pakatan Rakyat.

Menurut Pengerusi Panel Tema Merdeka Pakatan Rakyat, Datuk A Samad Said yang juga pengerusi bersama Bersih, ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ merupakan tema yang paling sesuai dan merupakan denyut nadi rakyat.

Pakatan Rakyat memilih temanya sendiri bagi menggantikan tema rasmi Kerajaan Persekutuan ‘Janji Ditepati’.



Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment