Amat tidak memeranjatkan langsung apabila Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim terus berdalih dalam soal polemik hukum hudud di negara ini.
Pengerusi Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun
Khairuddin berkata, Anwar menolak hudud ini adalah bukti bahawa selama ini dia
berjaya memperkudakan Pas untuk meraih pengikut Pas agar menyokong cita-citanya
untuk menjadi PM dan tidak lebih dari itu.
“Sebaliknya Pas sudah menjadi mangsa nafsu serakah Anwar yang
sudah gilakan kuasa. Pas telah menggadaikan prinsip memperjuangkan negara Islam
dan hudud apabila tewas dalam belaian politik Anwar yang lunak dan penuh
hipokrasi.
Anwar berjaya melahirkan pemimpin Pas yang menjadi meneraju
semangat "Anwarinas" yang kini sudah hampir 80% menguasai hirarki Pas.
Inilah yang disebut sebagai parasit dalam Pas oleh YB Dato' Dr Hasan Ali,
mantan Naib Presiden Pas.
Akhirnya Pas kini tunduk patuh kepada Anwar tanpa perlu Anwar
menjadi Presiden Pas. Dasar perjuangan 'Pas asal' kini menjadi lipatan sejarah
dan berkubur tanpa nisan,” ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor.
Tambahnya, hanya golongan Dewan Ulama sahaja yang mampu melawan Anwar
namun mereka terlalu lemah untuk bangun memimpin Pas yang sudah termeteri
dengan barisan pimpinan Anwarinas dalam Pas.
“Saya tidak terperanjat Pas akan terus cair ciri perjuangan Islamnya
dan akan bergabung dengan PKR dalam masa yang terdekat. Pas semakin hampir
menjadi bahan selingkar sejarah dalam politik kepartian di negara ini.
Anwar pula akan mencipta sejarah kerana berjaya menguburkan dua
parti politik dalam usahanya ke persada ‘Memanda Menteri’ Negeri Pinang Sebatang,”
tambahnya lagi.


0 Komen
Post a Comment