BN Youth Cyber Team Medium Anak Muda Mengkoordinasi Gerak Kerja Siber Dalam Penyaluran Maklumat BN


Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (Pemuda BN) hari ini melancarkan BN Youth Cyber Team (BNYCT) sebagai sebuah badan sukarelawan untuk generasi muda bersama Pemuda BN dalam menyampaikan maklumat melalui media sosial atau media baru ini.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, dengan penubuhan BNYCT ini dapat mewujudkan satu gelombang di mana maklumat daripada pihak BN dapat disampaikan kepada masyakat umum terutamanya kepada generasi muda dengan lebih cepat dan lebih tersusun daripada apa yang ada pada hari ini.

“Kita terima hakikat bahawa hari ini, kebanyakan daripada generasi muda walaupun masih lagi bergantung kepada media arus perdana, tetapi ada trend yang menunjukkan bahawa mereka juga mendapatkan maklumat mereka daripada sumber-sumber yang berkait rapat dengan media sosial.

Kita mestilah memastikan pendapat dan pandangan penyokong BN dan Pemuda BN, kita bagi bagi saluran yang mudah kepada mereka mewujudkan rangkaian atau ekosistem tersebut,” ujarnya kepada media selepas melancarkan BN Youth Cyber Team di Dewan Seri Endon, PWTC sebentar tadi.

Dalam masa yang sama, pemuda BN tidak meletakkan apa-apa sasaran dalam masa terdekat tetapi Khairy berharap dan yakin lebih ramai generasi muda akan menyertai BNYCT sebab ianya berbeza dengan cybertrooper, seperti UMB kerana kerja mereka berperang khususnya dengan pihak pembangkang sebaliknya BNYCT lebih kepada pandangan, pendapat dan penyampaian maklumat tanpa terlibat dalam peperangan siber.

“ini lebih kepada kita membina rangkaian supaya wujud gelombang yang memberikan maklumat dan fakta jika menjawab apa-apa isu, tanpa kita berperang dengan pihak pembangkang, sudah memadai kita memberikan fakta dan maklumat dalam menjawab isu-isu yang ditimbulkan pembangkang. Ini cara kita jawab persoalan yang ditimbulkan pembangkang.

Jika kita dapat mewujudkan gelombang ini, saya rasa dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang, maklumat di dalam alam siber ini tidak akan dimonopoli, tidak akan didominasi pembangkang sepertimana yang berlaku pada tahun 2008 dan keputusan pilihanraya itu akan lebih mencerminkan kedudukan sokongan yang sebenar, pada saya lebih memihak kepada Barisan Nasional,” ujarnya yang juga Ketua Pergerakan pemuda UMNO Malaysia.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment