Fitnah & Dusta Makanan Harian Balaci PAS


Sahih terbukti, inilah realiti yang sukar untuk dinafikan sama sekali apabila fitnah yang sudah mendarah daging semakin bersebati bersama pekat hitam seketul daging yang dinamakan hati.

Ya, hati yang hitam legam angkara rutin hariannya mencintai fitnah berbanding kebenaran sememangnya agak sinonim dengan penyokong sebuah parti yang kononnya mendaulatkan Islam dalam dasar dan polisinya.

Dek kerana hitamnya hati-hati yang menyokong PAS mengakibatkan penglihatan mereka ditutup rapat dari kebenaran sebaliknya fitnah dan dusta dipandang sebagai memiliki darjat yang tertinggi.

Itulah yang berlaku bila mana Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan kes berkaitan saman fitnah UMNO terhadap fitnah oleh Harakah terpaksa ditolak sekalipun mengesahkan fitnah telah dengan sengaja dilakukan oleh media rasmi PAS itu.

Dalam kes tersebut, UMNO Selangor telah menyaman Harakah berikutan satu artikelnya yang memfitnah UMNO sebagai kononnya punca JAIS melakukan serbuan ke atas sebuah gereja di Selangor.

Disebabkan plaintif yang memfailkan saman tiada kelayakan dari segi undang-undang kerana dirinya bukan penjawat awam, Harakah terselamat dari hukuman membayar saman RM10 juta, satu kemenangan yang cukup indah bagi ramai balaci PAS yang cetek akal fikirannya.

Para balaci yang kebanyakannya berkopiah dan berserban seakan bergembira dengan keputusan tersebut walhal hakikat kebenaran yang menunjukkan PAS melalui lidah rasminya telah disahkan melakukan fitnah tidak pula disedari oleh hati-hati yang kelam itu.

Sekurang-kurangnya empat kejahilan telah dilakukan oleh penyokong PAS yang meraikan 'kejayaan' mereka dalam kes ini sama ada secara sedar atau sebaliknya;

1) Memfitnah UMNO yang dianggotai sebahagian besar umat Islam sebagai dalang pemeriksaan di gereja.

2) Memfitnah JAIS kononnya sebagai talibarut UMNO sedang hakikatnya mereka hanya melaksanakan tanggungjawab menyelamat dan mempertahankan akidah umat.

3) Mendahulukan kepentingan gereja berbanding hak keperluan mendaulatkan akidah umat

4) Meraikan fitnah yang nyata sekalipun beban dosa fitnah itu lebih besar dari membunuh.

Malang betul bagi segelintir umat Islam yang sudah ditutup hijab penglihatannya untuk melihat kebenaran gara-gara terlampau lama bergelumang dengan adu domba, dusta dan fitnah rekayasa propaganda parti yang bertopeng agama.

Inilah hakikat yang perlu kita umat Islam akui betapa fitnah yang sudah menjadi asam garam kehidupan sesebuah organisasi politik seperti PAS impaknya turut menyebabkan penyokongnya hilang kewarasan berfikir.

Saban hari halwa telinga dan mata disajikan dengan propaganda dan fitnah serta dusta pula menjadi santapan harian rohani tentu sahaja hatinya gagal memandu akal fikiran ke arah yang sepatutnya.

Akhirnya lahirlah penyokong dan ahli yang menyokong membuta tuli, angguk-angguk dan geleng-geleng mengikut rentak parti tanpa peduli lagi soal betul atau salah.

Yang hitam diraikan, yang putih dikesampingkan. Malang benar bagi sesiapa yang masih beriktikad dalam hati untuk terus menyokong PAS.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    8:29 AM

    Assalamualaikum,
    Dengar la cakap najib tu... Ko org miskin dia ngan kroninya kaya-raya...

    Kahkahkah... kutuk PAS konon, nak ajak debat tak berani pulak... biasalah orang lama dok atas, tak bersedia, sebab terlalu selesa... dah terlalu selesa tanpa buat sesuatu, jumud la pemikiran...

    Aku UMNO dulu, tapi aku tau projek2 semua dapat kat ketua caw/bahagian, amik atas dasar komisen ja dah berjuta-juta... sudahlah, muak aku dgn UMNO. Memang betul setiap kali aku dengar ceramah mesti ada cai-maki. Aku pun kdg2 nyampah gak sebab benda berulang2 disebut. Tapi bukan semua, ada gak ilmu disampaikan, bukan mcm UMNO, dari mula ceramah kutuk saja, takde ilmu dan fakta, sekurang2nya al-Qur'an dan Hadis... Com'on la, semua parti ada masalah, pilihlah parti yg sikit ja masalah...

    Bab hudud, UMNO pun tolak, kalo MCA atau DAP tolak takpa la, sebab diorang bukan Islam, Ko belajar math, takkan nak apply sastera dalam math kot. Tak ke bangang ke?

    Aku keluar UMNO sertai PAS bukan sbb aku sokong buta tuli, PAS nampak kotor sbb semua media kutuk dia sampai tak bagi peluang bersuara kecuali internet. Sebab tu, kami amik peluang sebaik2nya. PAS pun bermasalah juga tapi permasalahan cuba diselesaikan dengan berpandukan al-Quran dan hadis selagi mampu. Kalau UMNO ada masalah, terus tuduh sama sendiri!
    Hahaha...

Post a Comment