Dengan perjuangan PAS yang tidak pernah putus
terhadap hudud, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi membuat Tweet yang
menyatakan bahawa sesiapa yang tidak menerima hukum-hukum Allah adalah mereka
yang kufur.
"(Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tidak
menerima hukum hudud kerana dia kufur. PAS perlu teruskan perjuangan untuk
menegakkan Islam," menurut Tweet dari akaun Nasrudin.
Karpal sentiasa tidak pernah putus dalam
menolak pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.
Kumpulan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR)
juga dilaporkan bersetuju dengan kenyataan Karpal. Ketua Pemuda PKR, Shamsul
Iskandar Mohd Akin, telah memberi amaran kepada Nasrudin bahawa komen-komen
Nasrudin terhadap pelaksanaan hukum hudud akan menimbulkan masalah yang besar
terutamanya apabila isu tersebut akan mengundang kemarahan bagi Karpal dan
pemimpin-pemimpin DAP.
Shamsul juga berkata bahawa Nasrudin tidak
sepatutnya membangkitkan isu lama apabila persetujuan antara PKR, DAP dan PAS
terhadap isu ini telah dibuat.
Petikan NST 30.07.12
0 Komen