Kerajaan Akan Pastikan Tarif Air Tidak Bebankan Rakyat - Noh Omar


Kerajaan akan memastikan tarif air tidak membebankan rakyat selepas pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 siap, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu berkata sehubungan itu, kerajaan negeri tidak sepatutnya membuat kesimpulan melulu dan mempunyai tanggapan retorik sebelum projek tersebut bermula.

"Jangan kerana projek itu bernilai berbilion ringgit, pembangkang buat tanggapan retorik yang rakyat terpaksa membayar harga amat tinggi untuk khidmatnya. Kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah fikir 10 tapak ke hadapan daripada pembangkang untuk senangkan rakyat. "Benda belum buat dah tembak sana sini, Sabtu. Soalnya sekarang, air mesti ada di Selangor, dan saya percaya kerajaan BN akan ambil kira pandangan rakyat bagi tentukan tarif air ini nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Krisis Air Di Selangor anjuran Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) di Beranang.

Pensyarah Kolej Poly-Tech Mara Dr Wan Sabri Wan Hussin bertindak sebagai moderator forum itu yang disertai dua anggota panel iaitu aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Mohd Mustafa Hamzah dan pesara Jurutera Tenaga Nasional Berhad Mohamad Fuad Omar.

Pada 26 Julai lepas, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Persekutuan akan melaksanakan projek bernilai RM8.65 bilion itu secara tender terbuka.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata tarif air lebih tinggi merupakan alasan kenapa kerajaan negeri membantah projek itu.

Noh berkata kerajaan negeri Selangor sepatutnya memberi kerjasama bagi menyelesaikan isu itu, bukan mengambil sikap menuding jari kepada kerajaan Persekutuan dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

"Mereka mahu menjadi wira dalam segala isu, mahu menjadi popular dengan mengorbankan kepentingan rakyat. Kerajaan BN mahu berusaha untuk rakyat sebaliknya kerajaan Selangor mahu bermain politik sahaja, itu yang sukar.

"Jadi, lebih mudah bagi BN mengambil alih kerajaan negeri Selangor kemudian buat kerja atasi masalah ini sendiri," katanya sambil menasihatkan rakyat Selangor agar jangan terpedaya dengan sandiwara air percuma kerana air yang dikatakan percuma itu sebenarnya dibayar menggunakan wang rakyat. "Kerajaan negeri Selangor membayar jumlah tertentu kepada Syabas bagi membekalkan 'air percuma' itu kepada rakyat Selangor, jadi wang itu datang dari mana? Wang rakyat Selangor sendiri.

"Cara beri air percumapun tidak betul, semua kaya dan miskin dapat. Sepatutnya air itu diberi kepada golongan yang kurang berkemampuan, tetapi golongan ini, yang duduk di pangsapuri, pakai meter pukal, tak dapat," katanya.

Sementara itu, Mohamad Fuad yang pernah terlibat dalam kajian projek Langat 2 pada tahun 80-an, berkata satu penyelesaian berdasarkan kemampuan rakyat juga mapan dan boleh diharap perlu dicari bagi mengatasi krisis air di Selangor.

"Masalah sekarang ini pada loji rawatan air di Selangor tidak dapat menampung permintaan pengguna. Namun semua loji ini sudah beroperasi pada 120 peratus daripada kapasiti asal, 24 jam sehari setiap hari. Ini mengundang padah jika berterusan," katanya.

Beliau juga berkata berdasarkan kajian, kos menyalur air daripada empangan ke loji rawatan air Langat Dua berjumlah RM4 per kubik meter padu, namun di Pulau Pinang yang menjalankan projek serupa, rakyat hanya perlu membayar RM1.20 per kubik meter padu selepas dibantu kerajaan Persekutuan.-

BERNAMA
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

10 Komen

  1. Anonymous
    11:12 AM

    Check blk tarif dan bill tnb tu yg skrg dah melampau. Tnb bakal jadi liabiliti bn, percayalah. Kalau pembangkang boleh msk dlm manifesto utk kerjakan tnb, bye2 bn. Ye la, aku dok hrp bn bantu masing2 buat tak tahu. Aku bakal mengundi di selangor. Bn pk la kalau nak ambik blk selangor.

  2. Salam

    malau perompak ni nak cakap pasal tarif air tak naik.

    10 kali hidup mampus pun aku tak percaya.

    Mampus umno, mampus bn

    wasalam

  3. Anonymous
    11:33 PM

    Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan , 55 tahun merdeka janji ditepati itu lah ungkapan yang sering kita dengar saban hari, semakin hampir tarikh penentu kerajaan semakin kerap telinga telinga kita disajikan dengan berbagai bagai ungkapan, motto dan manifesto manis.
    aku bukan anti kerajaan , malah sentiasa menyokong. aku tidak dilahirkan sebelum merdeka. aku kagum dengan perjuangan allahyarham tengku abdul rahman al-haj bapa kemerdekaan tanah melayu. ahad 2 sept 2012 aku tertarik sekali dengan kenyataan tengku apabila ditanya mengenai tindakan yang akan diambil beliau sekiranya komunis bangkit ditanah melayu, " menyerah diri " kerana beliau tidak mahu rakyat menerima akibat , kerana diamat mengasihi seluruh rakyat jelata.
    persoalannya adakah pemimpin yang sedia ada sekarang mempunyai perasaan kasihkan rakyat seperti tengku.
    dari congngak congngak setaraf si luncai aku berpendapat bahawa politik sekarang banyak bersifat periibadi,lebih kepada mencari keuntungan sendiri.
    aku tidak lagi berjumpa dengan pemimpin yang seperti hamid gurkha, Yang Berkhidmat, malah aku juga berpendapat tidak seorang pun yang mengambil ikhtbar dari filem era 80an itu.
    berbalik kepada isu pokok yang aku rasa dah berkarat untuk dibincangkan.
    tarif elektrik yang baru, memang tidak wajar tarif yang dikenakan selepas 55 tahun merdeka. rata rata rumah dibandar mempunyai alat pendingin hawa waima rumah setinggan sekalipun. sekiranya dahulu bil setiap bulan hanya rm90.00 sekarang menjadi rm150.00 sebulan. apa dah jadi.....jgn salahkan harga bahan mentah, salah kan diri sendiri perjalan kewangan TNB ibarat perjalan kewangan sebuah rumahtangga, jika si suami bijak, umur 40 an sudah boleh ke mekah. begitu juga TNB. masalah lain timbul bila si pembaca meter tidak menjalankan tugas membaca meter dengan rasa amanah. aku sudah 3 kali terkena kerana bil bil yang di ishtihar bacaan " Normal " rupanya rupanya bacaan anggaran, sekiranya pengguna tidak menyemak bil tersebut kemungkinan besar bacaan yang diambil tidak tepat "understated" akibat kerja mengular pekerja TNB unit unit tersebut akan berlonggok dari bulan ke bulan sehingga seorang pembaca meter yang berintergriti tinggi membuat bacaan. pada masa itu , sekiranya unit tertunggak terkumpul mencecah 200 unit dan dicampur dengan unit pengunaan semasa yang mungkin berjumlah 400 unit menjadikan jumlah kedua dua nya 600 unit, saudara kiralah sendiri. yang menyakitkan hati bila bil yang baru diterima berserta dengan notis pemotongan bekalan. andaikan saudara sedang mengerjakan umrah dan bekalan elektrik dipotong. tak kah menjadi susah sekiranya anak anak yang masih tidak faham terpaksa menerima akibat dari tindakan tidak bertanggungjawab orang lain. anda seorang perniaga balik ke kampung dalam 2 ke 3 hari, apabila bekalan dipotong ikan daging sayuran menjadi rosak. adakah pihak TNB akan betanggungjawab? tunjukan tanda protes anda di surat khabar arus perdana , bukakan mata mereka mereka yang sedang lena tidur diulit intan. Bersih TNB 5.0

  4. Anonymous
    11:39 PM

    sebagai rakyat yang merdeka kita layak untuk menikmati manfaat keperluan asas yang murah bukannya mahal nak mampus... seperti elektrik, duti kereta jalan raya yang baik kemudahan asas yang sama rata

  5. Anonymous
    7:38 AM

    kalau setakat anjing menyalak bukit, pergi mamposlah ko awek kaste... otak letak kat punggong, orang macam ko nie .... orang yg tak berwajah baik tak yah layan ...

  6. Anonymous
    7:45 AM

    Tuan Anon 11.39pm, 11.33pm, 11:12am - maybe orang yang sama yang mahu emmpersoalkan integriti TNB, mungkin Tuan juga mempunyai kepentingan peribadi namun sedar tak sedar, apa yang kita nikmati nie memanglah berbeza dengan dulu...

    Contohnya, rumah sekarang dah ada astro, dah ada aircond dan water heater...berbeza dengan dulu ...

    Maka, janganlah jadikan perbandingan dulu dan sekarang semua nak sama....

    Namun, dah jadi lumrah...dalam satu-satu organisasi memang akan ada kakitangannya yang kerja tak serupa bikin.... depa nie pun sebenarnya puak pembangkang yg sengaja tak buat kerja kerana sibuk nak buat rakyat marah dengan kerajaan mahupun GLC dan agensi-agensi kerajaan.....

Post a Comment