Dalam umat Islam kelam-kabut membuat persiapan Hari Raya, parti
Pakatan Rakyat pula kelam-kabut membuat persiapan Pilihanraya.
Ini kerana PR sehingga kini bukan sahaja belum dapat memuktamadkan
kerusi dan calon tetapi juga masih bertelagah soal hala tuju pemerintahan
sekiranya menang nanti. Soal hudud
nampaknya masih belum ada penyelesaian di mana PAS terhegeh-hegeh menyorong
pipi, sedia akur dengan ‘penentangan’
DAP asalkan DAP masih bersama mereka, tetapi DAP pula tidak dapat menerima
pendirian PAS untuk terus bercakap tentang hudud apa lagi melaksanakannya. Sekiranya perkara ini tidak boleh diputuskan
sebelum PRU-13, bagaimana PR mengharapkan rakyat memberi mandat kepada mereka?
Itu belum lagi dikira masalah dalaman parti dan negeri-negeri di
bawah jajahan mereka. Cakap-cakap kedai
kopi dan sekilas pandang secara rambang, antara negeri yang hampir pasti jatuh
kembali ke tangan Barisan Nasional ialah negeri Kedah.
Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak diketahui kerap menjadi
tumpuan media, bukan sangat kerana isu, tetapi kerana personalitinya yang panas
baran dan tidak peduli atau bahasa kasar orang putih ‘don’t give a damn’. Oleh kerana personalitinya ini, beliau telah
mengumpul musuh yang semakin ramai sejak memegang tampuk pemerintahan negeri
itu.
Lebih buruk lagi apabila beliau membuka ruang yang begitu luas
kepada musuh untuk menembaknya dari segenap arah. Ini kerana beliau dikenali sebagai seorang MB
yang tidak tahu apa-apa dan tidak mahu ambil tahu mengenai apa-apa jua. Jika dikritik, beliau menafi. Jika disoal, beliau melenting. Akhirnya, satu masalah pun tidak dapat
diselesaikan dan satu projek pun tidak dapat dijayakan sepanjang hampir
sepenggal pemerintahan.
Akibat terlalu angkuh dan tidak peka, Azizan dipergunakan oleh
musuh-musuh yang menyamar sebagai kawannya.
Cerita mereka, mudah sekali untuk mengsabotaj Azizan kerana beliau akan
mempercayai siapa saja yang ingin dipercayainya dan siapa yang bijak meraih kepercayaannya
pasti akan memperoleh keuntungan. Pendek
kata, beliau mudah ditipu hidup-hidup di depan batang hidungnya sendiri tanpa
beliau mengesyaki apa-apa.
Musuh paling bahaya bagi Azizan bukanlah parti lawan atau UMNO,
tetapi dari dalam partinya sendiri iaitu PAS.
Malah, dalam banyak hal, PAS Pusat juga mengambil sikap ‘dingin’
terhadap Azizan dalam banyak hal akibat terpengaruh dengan musuh-musuh beliau
yang licik-licik belaka.
Jika rakyat Kedah sebelum ini ingin ‘mengajar’ UMNO dengan
menyerahkan mandat kepada PAS tetapi kini rakyat sudah sedar bahawa
seburuk-buruk UMNO sebelum ini, lebih buruk lagi PAS yang bertopengkan Islam,
dungu lagi licik dan jahat. UMNO
walaupun dituduh korup dan bermacam-macam lagi, tidak pernah pun memangsakan
rakyat.
Namun, di bawah kerajaan ‘Islam’ PAS, rakyat Kedah terpaksa
menanggung tariff air yang tinggi dan menghidu bau busuk sampah di sekitar
bandar Alor Setar setiap hari.
Jalan-jalanraya juga tidak diselenggara dengan baik, melainkan di
hadapan rumah yang didiami MB sendiri.
Setelah 4 tahun berlalu, terserlahlah sudah sikap kerajaan PAS
Kedah yang tidak prihatin dengan segala rungutan rakyat termasuk dalam isu
perobohan madrasah, tanah rizab Melayu yang bakal dijadikan jirat Cina, masalah
banjir dan pencemaran sungai akibat pembalakan yang berleluasa serta masalah
KUIN yang dibiarkan sehingga meruncing dan tidak dapat dikawal.
Semua masalah yang berlaku ini pula ditudingkan kepada UMNO tanpa
memikirkan apa-apa penyelesaian.
Lebih malang bagi PAS kerana PAS Kedah juga ketandusan pemimpin
yang berwibawa untuk dijadikan pengganti Azizan. Semua orang tahu bahawa kalau ada pun
pemimpin PAS yang menonjol dari Kedah, semuanya hanya menjadi bahan lawak
jenaka rakyat kerana kebodohan mereka yang ketara, antaranya, Mat Sabu dan
Mahfuz Omar yang hanya tahu memaki hamun dan mengeluarkan kenyataan
merapu. Yang lainnya pula begitu
kampungan dan tidak boleh dibawa ke tepi, ke tengah dan majlis-majlis rasmi di
peringkat kerajaan, diRaja, kebangsaan jauh sekali global. Malah, Azizan sendiri sering merungut
mengenai sikap para Exco yang memalukan dan tidak sesuai serta tidak dapat
mengadaptasi cara bekerja dengan sebenar-benarnya.
Seorang dua yang ‘professional’ di kalangan PAS Kedah pula,
semuanya licik mempergunakan Azizan untuk mengaut wang negeri demi kepentingan
diri.
Dengan pusat-pusat hiburan yang bercambah dan tidak dapat
disembunyikan lagi dari mata rakyat, PAS sudah kehilangan kredibiliti sebagai
parti Islam yang menjadi penyebab utama rakyat Kedah mengundi mereka sebelum
ini.
Justeru, isyarat yang diterima dari sumber dalaman PAS menyatakan
bahawa secara diam-diam, PAS sudah pun ‘menerima’ kekalahan mereka di Kedah dan
mula menumpukan kepada negeri-negeri lain bagi memastikan kemenangan di dalam
Pilihanraya nanti. Apa yang lebih
‘menyakitkan hati’ PAS ialah, sikap MB Kedah yang masih terus menafi dan
‘mempersetankan’ apa saja teguran terhadapnya.
Kini, satu persoalan yang tinggal ialah, apakah UMNO telah
bersedia meranapkan PAS di Kedah?
Sesungguhnya, PAS Kedah telah pun cedera parah dan hanya menunggu
tusukan maut keris UMNO untuk mengakhiri penderitaan rakyat.
8:39 PM
org-org keliling & tukang nasihat ostad jijan semuanya kaki rembat duit Dan gila kuasa. Pantang ada peluang dan kesempatan. Negeri Kedah lingkup pasal org-org yg ni lah.