Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor menasihatkan
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim agar tidak terlalu ghairah menyelamatkan Rafizi
Ramli dalam menyelesaikan masalahnya, dengan menggunakan wang rakyat Selangor,
sebaliknya menyelesaikan dulu masalah rakyat Selangor.
Ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, ini
bukan perkara baru untuk menyelamatkan individu yang berkepentingan dalam PKR, sebelum
ini kerajaan Selangor telah diketahui umum "menyelamatkan" Talam
Corporation dan akhirnya duit rakyat telah disalahgunakan.
“Menyelamatkan Talam hingga terlebih dari harga pasaran sebanyak RM40juta,
ini gimik politik Tan Sri Khalid yang sedang dilakukannya untuk melihatkan
keperihatinan tapi dia terlupa rakyat sedang menderita mengangkut air seperti
apa yang berlaku di Taman Putra Idaman, ini tidak pula MB kisah.
Dalam masa yang sama, apa istimewanya Rafizi
Ramli, dia bukan anak Selangor pun, malah beliau telah melepaskan sebagai CEO
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Jadi, apa relevannya Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim memberikan kenyataan bahawa kerajaan negeri akan membiayai sepenuhnya kos
guaman Rafizi Ramli menerusi dana khas berjumlah RM5 juta di bawah Geran
Selangorku?,” ujarnya mengulas tindakan kerajaan negeri yang mahu membiayai kos
guaman Rafizi Ramli yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mendedahkan
dokumen mengenai butiran perbankan berkaitan skandal Pusat Fidlot Nasional
(NFC) kepada dua petugas media pada Mac lalu.
Tambahnya, bagaimana dengan hak rakyat
Selangor yang lain, adakah mereka juga berhak dan layak mendapat bantuan atau
pembiayaan sepenuhnya kerajaan negeri jika mereka juga menghadapi masalah di
mahkamah.
Adakah rakyat Selangor juga berhak mendapat
pinjaman atau dibantu kerajaan negeri jika mengalami masalah hutang sebagaimana
yang dinikmati Talam Corporation?
“Sekarang giliran Rafizi menghadapi apa yang
dia sendiri cipta, saranan buat MB, jangan gunakan duit rakyat untuk selamatkan
individu istimewa seperti Rafizi, cukup-cukuplah duit rakyat telah digunakan selama
ini untuk menyelamatkan mana-mana individu yang berkepentingan dalam PKR
mahupun dalam pakatan pembangkang yang lain,” ujarnya yang juga Pengerusi
Pemuda BN Negeri Selangor.
Dalam masa yang sama, EXCO Pergerakan Pemuda
UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam berkata, sebagai seorang bekas tokoh koprat yang
mendapat nikmat kekayaan dari UMNO melalui Guthrie dan PUNB, amat memalukan
bagi Khalid untuk keluarkan kenyataan mahu menggunakan duit rakyat bagi membiayai
kos guaman Rafizi.
“Apa salahnya buat sumbangan peribadi. Ini MB
paling bangsat dalam sejarah, nak korban lembu di kawasan parlimennya yang
berada diluar Selangorpun guna duit rakyat, nak tinted kereta lexus milik peribadipun guna duit rakyat, sekarang
nak guna duit rakyat untuk membiaya kos guaman Rafizi.
Tak
bolehkah seumur hidupnya, buat satu sumbangan guna duit peribadi beliau sendiri?,”
ujarnya yang juga mantan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Keadilan.
0 Komen