BN Selangor hari ini mencabar Menteri Besar Selangor, Tan Sri
Khalid Ibrahim untuk mengotakan kenyataannya selama ini dalam menyelesaikan
krisis air di negeri Selangor.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar hari menggesa Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim berkata, Khalid sebagai
Menteri Besar Selangor, Khalid sebelum ini telah banyak mengeluarkan
kenyataan-kenyataan termasuk berjanji akan menyelesaikan masalah air di
Selangor menjelang September. berhasrat untuk memecat dua orang pegawai
tertinggi Syabas.
“Khalid ini kononnya adalah seorang tokoh koperat yang hebat jadi
sepatutnya apabila dia bercakap dan mengeluarkan kenyataan beliau harus
menggunakan otak serta mengotakannya.
“Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah tokoh korporat ini
bercakap dan membuat kenyataan hanya dalam 7 minit tanpa sedikit pun membuat
kajian dalam menyelesaikan sesuatu masalah… kalau kajian pun tak buat jadi
bagaimana nak selesaikan masalah.
Tambahnya, kerajaan pusat dibawah pemerintahan Barisan Nasional
telah mula menjalankan kajian untuk membina loji air Langat 2 sejak tahun 1998
iaitu ketika Selangor mengalami krisis air. Katanya, selepas 7 tahun membuat
kajian pada tahun 2005 barulah projek terbabit dimulakan.
“Berbeza dengan kerajaan Selangor, kita buat kajian selama 7 tahun
dan mereka buat kenyataan hanya dalam 7 minit kononnya nak selesaikan isu air. Sebab
itu kita lihat kenyataan Khalid selalunya tak konsisten kerana mereka hanya
pandai bercakap dan janji tetapi tidak pernah turun padang dan lihat sendiri,”
katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan
terowong Loji Air Langat 2 di Hulu Langat.
Bersama-sama dalam lawatan tersebut ialah Datuk Noriah Kasnon,
Timbalan Menteri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Johan Abdul
Aziz, Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat dan Dato’ Sohaimi Shahadan, Pengerusi
Gerakan Prihatin Rakyat Selangor.
Menurut Noh, tujuan lawatan tersebut dibuat adalah kerana kerajaan
pusat telah membuat keputusan untuk tetap meneruskan projek terbabit walaupun
ditentang oleh kerajaan Selangor.
Beliau menambah, Khalid sebelum ini tidak habis-habis membuat
kenyataan kononnya mahu menyelesaikan krisis air yang berlaku namun sehingga
kini tidak ada seorang pun dikalangan pemimpin mahupun pegawai tertinggi
kerajaan negeri yang melawat ke tapak projek berkenaan.
“Apa yang kita lihat kerajaan negeri sentiasa memberikan
bangkangan dengan apa yang dibuat oleh kerajaan pusat dibawah kepimpinan BN…
jadi kita nak tahu apa asas kerajaan negeri nak membangkang projek ini
sedangkan ia adalah untuk kepentingan rakyat.
“Kalau betul nak selesaikan maka mereka harus bertindak bukan
hanya bercakap… kita difahamkan sehingga ke hari ini bukan sahaja Khalid, malah
pihak UPEN atau pegawai kerajaan tidak ada seorang pun yang pernah sampai ke
tapak terowong loji ni. Jadi exco-exco ini hanya tahu bercakap saja tapi tak
pernah turun ke padang,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan
UMNO Negeri Selangor.
Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) bertujuan
untuk menyalurkan air mentah dengan keupayaan 1890 juta liter sehari dari
Karak, Pahang ke Hulu Langat melalui paip berkembar dan terowong penyaluran
air. Air ini akan dirawat di Loji Rawatan Air Langat 2 yang dicadangkan untuk
dibekalkan ke kawasan Lembah Klang dan sekitarnya bagi memenuhi permintaan air
sehingga tahun 2025.
Sebuah empangan (Empangan Kelau) juga dibina bagi menjamin aliran
air yang mencukupi di Sungai Semantan.
0 Komen